Monday, December 30, 2013

Tabahkan hatiku Ya Allah



akhirnya tewas dengan perasaan sendiri.
sedih.

jangan tanya sama ada saya sudah pregnent atau belom.


genap 1 tahun kami berkahwin 12. 10. 13 haritu, namun belum ada khabar gembira lagi untuk kami.
selama ini saya tanamkan dalam diri bahawa
  perancangan ALLAH adalah yang terbaik.
pasti ada hikmah kami belum dapat rezeki anak. 
tapi saya bukannya supergirl, yang kuat semangat untuk menghadapi cabaran!
saya isteri yang cengeng, cewek, kuat menangis.
terima kasih hubby dan keluarga kerana berada di sisi memberi sokongan selama ini.
hanya kita berdua yang tahu betapa berdebarnya menghadapi setiap bulan yang berlalu.
 berapa banyak pregnancy test yang telah dibuang setiap bulan.
usaha dan ikhtihar macam-macam demi mendapatkan anugerah-Nya.

Ampunkanlah diriku Ya Allah kerana meritih..
sesungguhnya perancangan-Mu lebih baik dari segala-galanya.
tapi diriku tak berdaya menahan rasa sedih
 bila orang disekeliling yang sering bertanya.
mereka tidak salah kerana mereka sekadar bertanya.
hanya diriku yang tidak kuat untuk berhadapan dengan semuanya

tahniah kepada semua kawan-kawan yang bakal menjadi m2b. 
saya doakan anda dan kandungan sihat hendaknya dan di bawah jagaan ALLAH swt jua.

doakan saya.


*******entri yang diperam hingga kini baru ada kekuatan untuk dikongsi*******

Menyingkap kegembiraan yang dipinjamkan seketika

24 May 2013.
Period.
Tapi sikit.
Hairan.

1 June 2013
Cek upt Dip and Tell : negative
Tapi hati rasa lain macam. badan pon rasa lain.
Cek upt Clear Blue Digital : 1-2 weeks pregnant
Menggigil tengok keputusannya.
Alhamdulillah.




masih tak percaya.

buat upt test kat klinik : negative
scan : ade ovarian cyst katenye tapi kecik sangat

masih tak percaya

jumpa bidan : dah 3 minggu katanya.
mase ni tak cakap apa-apa lagi sebab bila sampai die terus tanya, dah mengandung ye?
terkejut!
bila die pegang peranakan, die kata tgh baru sangat ni. 3 minggu.
 baru nak melekat kat rahim. masih ade di saluran (Fallopian tube).
Baby boy katanya sebab bulat, bukan bujur.
Bulat untuk baby boy. Bujur untuk baby girl.
Kalau gugur kuar bentuk bulat. tapi insha Allah lekat ni..
Tersenyum.
Alhamdulillah, Insha Allah.

Nasihatnya:
Jangan angkat berat-berat
Jaga makan
Jangan terhentak
Jangan lasak-lasak
dan sebagainya.

Hubby?
tersangat happy, macam tak percaya.

8 Jun 2013
bermula spotting yang mendebarkan jiwaku.
berlarutan setiap hari.

Risau.

Beritahu Hubby.
Hubby kate jgn stress sangat. Rileks.

But my mind keep working all the times.
excited. worried. nervous.unbelievable
complete all in one package.

12 Jun 2013
Tengah hari nak solat.
Darah!
Period ke??
Mustahil..

Nampak kat panties,
satu bulatan kecil.
Morula mungkin. Atau telah menjadi blastocyst.
Sentuh buat kali pertama dan terakhir.

Allahuakbar!

Hubby terus balik bila dapat tahu.

badan rasa lemah.
darah mengalir. macam period.
sakit macam period pain.
lebih lagi.

Redha.

Terima Kasih Allah kerana pinjamkan kami kegembiraan ini walau sebentar.

Alhamdulillah.

kami tetap menunggu.
semoga ada rezeki itu buatku dan suami.

Amin.


8 comments:

  1. Replies
    1. insha Allah. bersangka baik. Dia Maha Mengetahui segalanya =)

      Delete
  2. Sbr ye dear...cik mah pun pernah alami..cuma cik mah xsakit....

    ReplyDelete
  3. sabar ye dear...kita sama2 menanti ahli baru .....doa banyak2...

    salam perkenalan...singgah sini ;)

    ReplyDelete
  4. Wahh sis tabahnye..saya doakan sis dpt anak...doakan sy jugak..nk try lah petua susu kambing tu

    ReplyDelete
  5. Wahh sis tabahnye..saya doakan sis dpt anak...doakan sy jugak..nk try lah petua susu kambing tu

    ReplyDelete

Tempat perantin comey berborak kat sini taw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...