Friday, December 27, 2013

REVIEW CINTA 8: Solemnization Ana ♥ Hubby


setelah sambut first anniversary baru ana nak review Majlis Pernikahan.
hahahah... Aci tak???

Ana & hubby nikah pada 12.10.12 hari Jumaat

selepas solat Jumaat dalam pukul 3 petang, rombongan pihak lelaki sampai lebih kurang 5 kereta.

Family sebelah hubby


Ana nikah kat kampung jadi masih ikut style kampung la.. Mase nikah duduk dalam bilik. lepas nikah baru ley kuar bilik. So takde lah feeeling-feeling nak duduk kat belakang hubby mase nikah. Nasib baik ade microphone, boleh la dengar hubby lafazkan akad nikah kami. Masa ni Kadi, Imam & Wali (abah ana) masuk bilik untuk tanya setuju tak ana dinikahkan dengan hubby. Ana terus jawab "Ye!" dengan confidentnye! sampai dieorang sume gelakkan ana.
 Eksaited sangat ke aku ni??? Hahahaha...


Sain surat nikah dulu. lepas ni baru lah beristigfar dan berselawat same-same dalam bilik.
Nervous jugak takut kena soal lagi. Gelabah la ana nak selak buku! ahahah... nervous!




Lepas sume kuar dari bilik, Hubby pulak kne settle kan. Kena tunjuk IC jugak. Saksi pon kena jugak..



Gaya Mutu Keunggulan betullah Hubby ni! 
Sape lagi nak puji kalau bukan isteri sendiri! Hahaha..





Masa ni Kadi tengah bacakan khutbah nikah & nasihat- nasihat. Hubby kate Kadi ade tanye soalan tapi Kadi sendiri tolong jawab kan.. kurang la sikit nervousnya.. 


Masa ni abah dah ready nak nikahkan Ana & Hubby. 
Ana memang mintak abah sendiri yang nikahkan Ana & kalau boleh biarlah anak-anak perempuan abah, abah sendiri yang nikahkan. 
Abah kate nak nikahkan sendiri pon kne amik interview jugak, ingat jadi pengantin je ke yang kena interview.. Huhu..



Dengan sekali lafaz,
kami bergelar suami isteri

.




Alhamdulillah, Syukur kepada Ilahi yang merestui perkahwinan kami.
Moga perkahwinan yang kita bina ini berkekalan hingga ke Jannah Firdausi.
Amin.



Lafaz Taklik dari suami


Rantai untuk upacara batalkan air sembahyang dan mas kahwin


Rantai untuk Ana



Cincin untuk Hubby



Aku cinta Kamu kerana Allah





3 comments:

  1. bestnye tgk ana dpt nikah kt umah...wani kena nikah kat masjid..huhu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Tempat perantin comey berborak kat sini taw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...