Tuesday, December 31, 2013

Sorotan 2013

1 comment:


SOROTAN 2013


JANUARY

Berpindah tempat kerja
Masih PJJ tapi dah dekat sikit.

di tempat kerja baru.

FEBRUARY
My birthday!!!
Hubby buat surprise belikan lapop!
Hubby taw laptop ana dah uzur. Guna dari zaman belajar lagi.
Memang tengah usha-usha laptop.
Tetiba dapat seprais pulak.huhu..
Love u, Hubby!
♥♥♥

MARCH
Bahagikan masa kat rumah PIL & rumah my family

APRIL
Masing-masing busy dengan kerja

MAY
Pilihanraya





JUNE
Miscarriage
Kisah Miscarriage


Sugarmoon kat Port Dickson



JULY


AUGUST
1st time raya sebagai husband and wife


Birthday Hubby!!
Hadiahkan Smartphone. Hubby tergamam. 
He liked it! Happy!!!


My Sis bertunang



SEPTEMBER
Sugarmoon kat Pengkalan Balak 



OCTOBER
1st Anniversary
Celebrate lambat sikit sebab busy dengan kerja



NOVEMBER
Celebrate 1st Anniversary kat Port Dickson lagi
Tapi versi merempit pulak!



DECEMBER
Kursus lagi
Kami berdua demam.
Cuba habiskan masa bersama-sama.

Indahnya bercinta selepas nikah! 
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

SELAMAT DATANG 2014!

Monday, December 30, 2013

Tabahkan hatiku Ya Allah

8 comments:


akhirnya tewas dengan perasaan sendiri.
sedih.

jangan tanya sama ada saya sudah pregnent atau belom.


genap 1 tahun kami berkahwin 12. 10. 13 haritu, namun belum ada khabar gembira lagi untuk kami.
selama ini saya tanamkan dalam diri bahawa
  perancangan ALLAH adalah yang terbaik.
pasti ada hikmah kami belum dapat rezeki anak. 
tapi saya bukannya supergirl, yang kuat semangat untuk menghadapi cabaran!
saya isteri yang cengeng, cewek, kuat menangis.
terima kasih hubby dan keluarga kerana berada di sisi memberi sokongan selama ini.
hanya kita berdua yang tahu betapa berdebarnya menghadapi setiap bulan yang berlalu.
 berapa banyak pregnancy test yang telah dibuang setiap bulan.
usaha dan ikhtihar macam-macam demi mendapatkan anugerah-Nya.

Ampunkanlah diriku Ya Allah kerana meritih..
sesungguhnya perancangan-Mu lebih baik dari segala-galanya.
tapi diriku tak berdaya menahan rasa sedih
 bila orang disekeliling yang sering bertanya.
mereka tidak salah kerana mereka sekadar bertanya.
hanya diriku yang tidak kuat untuk berhadapan dengan semuanya

tahniah kepada semua kawan-kawan yang bakal menjadi m2b. 
saya doakan anda dan kandungan sihat hendaknya dan di bawah jagaan ALLAH swt jua.

doakan saya.


*******entri yang diperam hingga kini baru ada kekuatan untuk dikongsi*******

Menyingkap kegembiraan yang dipinjamkan seketika

24 May 2013.
Period.
Tapi sikit.
Hairan.

1 June 2013
Cek upt Dip and Tell : negative
Tapi hati rasa lain macam. badan pon rasa lain.
Cek upt Clear Blue Digital : 1-2 weeks pregnant
Menggigil tengok keputusannya.
Alhamdulillah.




masih tak percaya.

buat upt test kat klinik : negative
scan : ade ovarian cyst katenye tapi kecik sangat

masih tak percaya

jumpa bidan : dah 3 minggu katanya.
mase ni tak cakap apa-apa lagi sebab bila sampai die terus tanya, dah mengandung ye?
terkejut!
bila die pegang peranakan, die kata tgh baru sangat ni. 3 minggu.
 baru nak melekat kat rahim. masih ade di saluran (Fallopian tube).
Baby boy katanya sebab bulat, bukan bujur.
Bulat untuk baby boy. Bujur untuk baby girl.
Kalau gugur kuar bentuk bulat. tapi insha Allah lekat ni..
Tersenyum.
Alhamdulillah, Insha Allah.

Nasihatnya:
Jangan angkat berat-berat
Jaga makan
Jangan terhentak
Jangan lasak-lasak
dan sebagainya.

Hubby?
tersangat happy, macam tak percaya.

8 Jun 2013
bermula spotting yang mendebarkan jiwaku.
berlarutan setiap hari.

Risau.

Beritahu Hubby.
Hubby kate jgn stress sangat. Rileks.

But my mind keep working all the times.
excited. worried. nervous.unbelievable
complete all in one package.

12 Jun 2013
Tengah hari nak solat.
Darah!
Period ke??
Mustahil..

Nampak kat panties,
satu bulatan kecil.
Morula mungkin. Atau telah menjadi blastocyst.
Sentuh buat kali pertama dan terakhir.

Allahuakbar!

Hubby terus balik bila dapat tahu.

badan rasa lemah.
darah mengalir. macam period.
sakit macam period pain.
lebih lagi.

Redha.

Terima Kasih Allah kerana pinjamkan kami kegembiraan ini walau sebentar.

Alhamdulillah.

kami tetap menunggu.
semoga ada rezeki itu buatku dan suami.

Amin.


Friday, December 27, 2013

REVIEW CINTA 8: Solemnization Ana ♥ Hubby

3 comments:

setelah sambut first anniversary baru ana nak review Majlis Pernikahan.
hahahah... Aci tak???

Ana & hubby nikah pada 12.10.12 hari Jumaat

selepas solat Jumaat dalam pukul 3 petang, rombongan pihak lelaki sampai lebih kurang 5 kereta.

Family sebelah hubby


Ana nikah kat kampung jadi masih ikut style kampung la.. Mase nikah duduk dalam bilik. lepas nikah baru ley kuar bilik. So takde lah feeeling-feeling nak duduk kat belakang hubby mase nikah. Nasib baik ade microphone, boleh la dengar hubby lafazkan akad nikah kami. Masa ni Kadi, Imam & Wali (abah ana) masuk bilik untuk tanya setuju tak ana dinikahkan dengan hubby. Ana terus jawab "Ye!" dengan confidentnye! sampai dieorang sume gelakkan ana.
 Eksaited sangat ke aku ni??? Hahahaha...


Sain surat nikah dulu. lepas ni baru lah beristigfar dan berselawat same-same dalam bilik.
Nervous jugak takut kena soal lagi. Gelabah la ana nak selak buku! ahahah... nervous!




Lepas sume kuar dari bilik, Hubby pulak kne settle kan. Kena tunjuk IC jugak. Saksi pon kena jugak..



Gaya Mutu Keunggulan betullah Hubby ni! 
Sape lagi nak puji kalau bukan isteri sendiri! Hahaha..





Masa ni Kadi tengah bacakan khutbah nikah & nasihat- nasihat. Hubby kate Kadi ade tanye soalan tapi Kadi sendiri tolong jawab kan.. kurang la sikit nervousnya.. 


Masa ni abah dah ready nak nikahkan Ana & Hubby. 
Ana memang mintak abah sendiri yang nikahkan Ana & kalau boleh biarlah anak-anak perempuan abah, abah sendiri yang nikahkan. 
Abah kate nak nikahkan sendiri pon kne amik interview jugak, ingat jadi pengantin je ke yang kena interview.. Huhu..



Dengan sekali lafaz,
kami bergelar suami isteri

.




Alhamdulillah, Syukur kepada Ilahi yang merestui perkahwinan kami.
Moga perkahwinan yang kita bina ini berkekalan hingga ke Jannah Firdausi.
Amin.



Lafaz Taklik dari suami


Rantai untuk upacara batalkan air sembahyang dan mas kahwin


Rantai untuk Ana



Cincin untuk Hubby



Aku cinta Kamu kerana Allah





Saturday, December 21, 2013

♥♥♥ 1st Anniversary ♥♥♥

3 comments:

hi b2b, ex-b2b & m2b!

Alhamdulillah hari ini genap usia perkahwinan kami

1 tahun 2 bulan 1 minggu dan 2 hari

semoga cinta & masjid yang kami bina ini diredhai Allah swt dan berkekalan hingga ke Jannah.

Maaf sebab dah lama x update blog kesayangan. Blogwalking pon jarang-jarang. Maafkan saya -_-
12.10.13 adalah anniversary kami yang pertama. sekejap je da setahun! Kami masih lagi berdua. Masih menunggu rezeki kurniaan Ilahi, Insha Allah. Doakan kami ye!
Masa 12.10.13 hari tu kitorang x celebrate pun. masing-masing busy dengan kerja. Kursus & segala macam tuntutan kerja. Dugaan yang menguji kesabaran dan macam-macam lagi berlaku pada masa yang sama T_T

Hubby jenis duduk rumah, ana pulak jenis kaki jalan! hehehe.. Lepas kawin ni akhirnya ana berjaya pujukhubby untuk gi jalan -jalan. setakat ni kiteorang cume gi honeymoons dekat-dekat je. Actually sebagai latihan untuk hubby supaya gi jalan-jalan! Hihii...Pasni ley la jalan-jalan jauh sikit kan!!  Ana & hubby memang ade menabung untuk vacation walaupun xbanyak.. Hubby jenis suka letak target jadi Ana pun menyelitlah request untuk pergi celebrate 1st anniversary!! so kami pon kena la menabung kan! kalo x, cume dapat camping tepi jalan je la! hahah....

tugas untuk survey tempat  & hotel diserahkan pada mem besar (angkat-angkat kening)
pencarian dilakukan. memang google jadi penyelamat! heheh..
kami bajet couple jadi haruslah  cari tempat yang affordable yet fantastic!
Masa search kat google, ana terjumpa satu tempat yang best dan paling penting murah!!!!
PORT DICKSON WATER CHALET
Sebenarnya ini private unit dari Lexis yang disewakan kepada orang ramai dengan harga yang lebih murah berbanding Grand Lexis dan Lexis.
Korang boleh refer rate kat page PORT DICKSON WATER CHALET ni dan berhubung dgn
  En. Zack 019-2184563.
En Zack prefer Whatsapp/SMS/Emel sebab dia bekerja. tapi insha ALLAH tiada ragu-ragu kalau takut kena tipu. Korang pun boleh sewa sangkar ketam atau joran kalau nak memancing dari balkoni, best kan?? Mase ana check in hari tu ana berurusan dngan Pn Mashitah. memang berbaloi-baloi. Kami sewa untuk satu malam je, 29 November 2013 untuk DLN

Deluxe Lower Water Chalet

(normal seaview)
Size of unit - 418 square feet
Bedding – 1 King & 1 Day Bed
Standing shower
Jacuzzi bath tub
Private Balcony
Solid glass panel on the floor

pemandangan dari pintu bilik 



flat screen with selected astro channel, dvd player, icebox, heater, iron & iron board, sejadah

standing shower

ade helmet pulak. nampak sangat kami merempit! hahaha.. 
malam tu sakit pinggang sebab naik bike hubby!



jacuzzi bath tub
ehem!!

privatre balcony

private balcony

private balcony

Bedding – 1 King & 1 Day Bed

Solid glass panel on the floor

so sebagai meraikam anniversary kami, kami hire sorang fotografer untuk post wedding kami. ini pon mencabar jugak. memang affordable & best buat post wedding dengan abang aurora ni! murah pulak tu! itu penting! hahahaha... bajet betul ana ni. panggggg!
ana pernah post tentang fotografer yang kerek tapi ana da delete balik sebab hubby kate x baik...
 ok, baekk... da delete! -,-*
korang boleh contact kat abag aurora ni kat sini...
ana ambil shoot and burn sajek! hihi.. ana panggil abang aurora sebab xtaw name die. hihi.. abang aurora ni best! sebab hubby ana xberape suke nak bergambar sangat so ana request untuk ambil gambar kat bilik je. Die ok je layankan kami ni. Pastu biel da lame-lame hubby ana pulak yang request ambil gambar kat luar pulak dengan syarat tak ramai orang. haha.. tapi abang ni memang best sebab die taw banyak tempat & suggest tempat makan yang best kat kiteorang. Kenyang & puas hati!! 
Layan gambar kami yang yang makin sihat ni! ahahaha...












till then, 

kucintamu kerana Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...