Saturday, December 15, 2012

REVIEW CINTA 2: Solemnization's Tentative

5 comments:
salam b2b and readers!
kali ni ana nak review tentang majlis pernikahan ana & hubby.
bile fikir tentan tentatif nikah, memang ana sangat-sangat pening kepala. kenapa? sebab kami nikah pada hari JUMAAT {12.10.12} dimana hari tersebut merupakan hari bekerja. ana kena fikir tentang masa, makanan, cuaca, rombongan en. hubby, orang rewang and etc. memang kusut masai kepala. serabai tu memang xpayah cerita. huhuhuhu...
bila melibatkan majlis besar macam ni  kite kena berbincang dengan ibu bapa & keluarga sebab mungkin dorang ade pengalaman atau pun dapat nasihat dari imam / orang kampung / jiran tetangga masing-masing. pandangan dari mereka sangat penting kerana kadang kala kita tidak memahami selok-belok cara & adat di situ so, lebih baik kita bertanya. lagipun kalo bertanya x kena bayar kan?? hihhi... tapi mungkin boleh cut cost taw!!! betul!
selepas berbincang maka kami sekeluarga putuskan untuk mengadakan pernikahan di rumah selepas solat Jumaat, lebih kurang pukul 3 petang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------- 
HARI KEJADIAN
JUMAAT / 12.10.12

pagi-pagi ana breakfast sebab ramai ex-b2b kate dorg xsempat nak breakfast. so ana pun breakfast cepat-cepat. malam tu ana xboleh nak tidur sampai pukul 4 pagi. memang xboleh nak dielakkan walaupun ramai b2b & family da pesan untuk tidur awal. s bile pagi, muka ana memang sembap. eye bag ana, MasyaAllah! teruk sangat! tapi nak buat macam mana sebab da paksa nak tidur tapi xboleh tidur. so ana redha je..
{tanamkan dalam diri b2b untuk redha apa saja yang terjadi pada hari tersebut. kita dah merancang yang sebaiknya tapi Allah yang menentukan semuanya kan? kesannya, b2b semua pasti kurang rasa kecewa @ marah @ bad mood.kalau bad mood mesti pic x cantik kan???}
my mom kejutkan pukul 7 pagi, almaklumlah bendera jepun berkibar dengan gagahnya! hahaha.. rasenye baru pejam mata, tapi dah kena celik semula. moral of the story,  
TIDUR AWAL! 
make sure b2b dapat rehat secukupnya & tidur secukupnya. pas breakfast ana trus kemas bilik sampai cun melecun.
pukul 11 {ERIN}, my MUA sampai and mula makeup. she very nice and thin! hahaha.. peramah& senang nak bekerjasama dengan die. yang paling penting, puctual! die ikut ape kehendak customer. ana mintak very natural makeup with not-over eyelashes. and the result, I LIKE!

BEFORE


 AFTER





 siap make up pukul 12. so ana berposing maut dulu dibantu oleh OP. inilah kelebihan fotografer perempuan! heeeeeeeeee..... fotografer ana datang dengan 2 orang kawan-kawannya. dorang pergi solat jummat, kami kat rumah berposing sakan! hehehe.. oh, ye! selepas make up, ana da inform pada OP untuk adakan family potrait session. so kami ambil gambar keluarga selepas mereka balik dari solat Jumaat. ana buat family session ni untuk make sure ade gambar family kat dalam album. kebanyakkan yang ana baca dari reference ex-b2b, kebanyakkan family members agak busy melayan tetamu yang hadir, so kesannya, ade family members yang xde dalam gambar. so untuk make sure that thing won't happens, so ana buat family potrait sessions. pastikan b2b berbincang dgn OP masing-masing. jangan agak-agak je yang dorang taw tentatif majlis kite. we should inform and remind them!





 pukul 3 rombongan lelaki sampai. ana terus masuk bilik.  
....dup dap dup dap...
selesai semua khutbah, barulah imam, kadi, saksi dan orang yang paling penting, My Abah masuk bilik. selesai tandatangan, mereka keluar untuk memulakan akad nikah.

DENGAN SEKALI LAFAZ, MAKA SAHLAH ANA MENJADI ISTERI KEPADA EN. HUBBY PADA
 HARI JUMAAT, 12.10.12 , JAM 3.26 PETANG.
  
sebagai kesimpulannya, ini tentatif ana semasa nikah.

MY SOLEMNIZATION TENTATIVE
11.00 AM - 12.00 PM : MAKE UP
12.00 PM - 2.00 PM   : SELF & FAMILY POTRAIT SESSION
2.30 PM - 3.00PM      : GROOM'S ENTOURAGE ARRIVED
3.00 PM - 3.30 PM     : SOLEMNIZATION
3.30 PM - 4.00 PM     : SELAWAT PRAYER & MEET THE FAMILIES
4. 00 PM - 5.00 PM    : EATING TIME!!!!
5.00 PM                    : POSING AGAIN =)

xoxo

Friday, December 14, 2012

OP FREE!!!

1 comment:
SALAM B2B AND READERS!

ATTENTION TO ALL B2B!

SESIAPA YANG TIADA OP LAGI SILA JENGUK KE PAGE 
KERANA MEREKA AKAN MEMBERI TAJAAAN SECARA

PERCUMA!!!

SYARAT:
PM DETAILS MAJLIS ANDA & SHORT STORY MENGAPA ANDA LAYAK MENERIMA PENAJAAN INI

LOKASI:

SELURUH MALAYSIA

xoxo

Thursday, December 13, 2012

REVIEW CINTA 1: Nikah Outfits

7 comments:
salam readers and all b2b!

kali ini ana nak review baju nikah yang ana & hubby pakai during solemnization day.

BRIDE
Material:  soft chiffon beaded lining with satin valentino.
Design: Baju Kurung Moden 
1. Tangan : berbutang 5, fitted {x terlalu fit untuk memudahkan pergerakan}
2. Kain: jenis duyung
3. Tudung : Tudung awning  {sedih}
4. Veil : tak sempat siap, so pakai mak andam punya {sedih}


TUDUNG:
see my tudung, not my taste... ana da prepare tudung chiffon untuk pakai masa nikah. unfortunately tak taw macam mane tudung tu kotor pulak kat awning paling atas! bengang nye!! kalo boleh cover takpe lah jugak tapi memang obviously sangat nampak sebab ade kat atas, tengah awning tu! nasib aik mak andam ade bawak tudung putih as backup. ana agak cerewet tentang tudung awning ni..huhu..see, ana xpuas hati dengan tudung sebab awning nye pendek! tapi nak buat macam mane, tudung yang ana da prepare boleh kotor time last minit pulak sedangkan mase iron tak ade ape-ape pun..
so, b2b please remember to keep your outfit in your closet & in your room!
ana takde la nak tuduh sape-sape sebab mungkin salah ana sebab hanger je kat dalam bilik.



BAJU KURUNG MODEN
baju kurung moden ni fit ditangan dan ada 5 button yang boleh bukak. {refer pada pic di atas} sangat selesa & cantik {for me!} beading ada pada tangan, hujung baju dan hujung kain. kain pulak bentuk duyung. ade meleret-leret sikit. best dan selesa. mase mula-mula ambil, baju ni terkecik pulak. tapi ana alter pada tailor nye jugak iaitu OMRIZ DESIGN. FOC je.. 
totally, i'm very statisfied with my nikah outfit!



VEIL:
my veil is only in my dreammmmmm..
veil xsempat nak siap! tragikkkkk..... sebenarnye tinggal 10% je nak siap, tibe-tibe macam x confident nak pakai.
kenapa? entah la... swing mood sebabt period kot!
tapi x regret sangat! hehe.. layan je!



-----------------------------------------------


GROOM
Material : Satin Valentino & Sampin Songket 
Design : Baju Melayu Cekak Musang
Songkok : Hantaran masa tunang
Butang Baju Melayu : Hantaran masa tunang



BAJU MELAYU:
 baju melayu hubby design cekak musang. for me, ana suggest untuk nikah better pakai cekak musang sebab nampak formal sikit. kalo baju melayu johor, nampak santai sangat.
do you agree with me? 
hubby pakai baju melayu off-white with peach sampin to match with my outfit. baju ana off-white dengan beading kaler peach.
OMG!!! i fall in love with you hubby! you are sooooooooooooooo handsome in this outfit!




xoxo

I'M BACK!!!

3 comments:

hi! i'm back for blogging! yiiiiiihaaaaa.... hahahaha..

maaf la dah lame tak updet blog straight away dari majlis pernikahan ana hari tu. 
alhamdulillah, 12.12.12 merupakan our 2 months wedding anniversary. 
Thank You, ALLAH.

kepada semua yang ade request template cover yasin & doa pengantin  {here} & segala macam tu, i'Allah ana akan balas emel anda semua.  sebelum ni ana ade balas emel, tapi ade technically problem yang ana sendiri xpasti yang menyebabkan emel-emel tu semua xdapat nak deliver. sekarang ni ana sibuk berPJJ dengan hubby. starting from the solemnization till now, kami masih berPJJ. xsempat lagi nak berhoneymoon because my FIL will be retired in the middle of Dec, so we are a little bit busying helping them here and there {menantu yang baik, kan? hihihi..} so planning untuk berhoneymoon hari tu {here} will be dragged till next year, 2013. sad =(. takpe lah, sekarang ni pun honeymoon jugak! asik berkepit je setiap masa... hihi...

sebagai ex-b2b, pastinye ana kene review setiap perkara utk majlis wedding ana kan?? seperti ana sendiri, ana suka bace review dari ex-b2b untuk dijadikan reference untuk majlis sendiri. penting agar kecacatan majlis dapat dikurangkan dan juga sebagai persediaan.

ok, ana akan review sedikit demi sedikit ye! see you!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...