Wednesday, September 19, 2012

Malam Pertama & Kitar Haid.

salam b2b and silent readers!

haaaa, ape yang korang fikir bile tengok title kat atas tu??

MALAM PERTAMA & KITAR HAID??  

jeng...jeng...jeng...

ana sebenarnye tengah cari informasi tentang kitar haid & tahap kesuburan. pada ana, info ni sangat berguna untuk semua b2b yang akan jadi m2b nanti.. 

Inilah kitar haid/menstrual


ape tu kitar haid?

kitar haid tu adalah satu kitaran pelepasan ovum dari seorang wanita. ovum tadi akan keluar bersama darah yang dikenali sebagai darah haid jika ia tidak disenyawakan oleh sperma dari lelaki. darah tadi berasal daripada dinding rahim (uterus). Apabila ovum dilepaskan dari ovari (organ yang mengeluarkan ovum) ia bergerak ke tiub Fallopio   dan menunggu untuk disenyawakan oleh sperma. jika ada persenyawaan berlaku, ia akan dipanggil zigot dan dinding rahim bersedia untuk menerima zigot tadi untuk membesar didalamnya, pada dinding rahim (uterus) itu terdiri daripada kapilari darah yang akan menyediakan nutrient kepada zigot untuk membesar. jika tiada persenyawaan berlaku, darah tadi akan keluar sebagai darah haid.

ape pulak ovulasi ni?

ovulasi ialah saat pelepasan ovum dari ovari. ia berlaku pada hari ke 14 dalam kitar haid (hari pertama haid ialah Hari 1), lebih kurang 8 hari selepas menstrual/haid. waktu ini juga dikenali sebagai waktu subur. pada ketika inilah wanita lebih mudah hamil jika ada persetubuhan kerana ovum baru sahaja dibebaskan dari ovari dan adanya sperma yang boleh hidup maksima hingga 7 hari. 
terdapat beberapa tanda yang anda boleh kenalpasti waktu anda sedang mengalami ovulasi;

1. Perubahan mukus serviks.
mukus tersebut adalah cecair yang ada pada faraj wanita yang berfungsi untuk memudahkan dan mempercepatkan sperma bergerak masuk menuju ke tiub falopio untuk mensenyawakan ovum. apabila mukus anda jernih, anjal dan licin maka pada ketika itulah anda subur!

2. sakit pinggang
ia merupakan sakit pinggang yang ringan kepada sakit tajam menusuk. kadang kala dikenali sebagai sakit pinggang sebelah yang boleh berlanjutan dari beberapa minit kepada beberapa jam.

3. Rasa seksi dan suka memikat
Wah! pada ketika ini libido semakin meningkat, makin riang dan lebih bersosial. maknanya wanita lebih suka keluar rumah ke tempat-tempat yang boleh bersosial, bergurau dan cuba memikat (ops! bahaya tu! hihi..) lebih baik pikat suami sahaja ye kawan-kawan! =)

4. kelihatan bergetah!
pada ketika ini wanita cenderung untuuk lebih berhias daripada biasa! mereka juga lebih mementingkan kecantikan diri pada ketika ini.

5. Bau yang membuat lelaki GILA!
bau wanita ketika ini dapat menggoda lelaki kerana adanya feromon! feromon adalah bahan kimia yang membuatkan kita tertarik kepada pasangan..




kurang pasti waktu subur anda? Kira lah di {Ovulation Calculator}

Malam Pertama? tu no komen lah! saye x kawen lagi! hihihi..saje je nak buat gempak! 
hahahah...

xoxo

6 comments:

  1. ehem2...b2b mesti akan terfikir psl ni...pe pun, tq share info ni ;)

    ReplyDelete
  2. hehe, sekarang boleh donlod apps kat android market.. kalau guna android la.. banyak apps yan bantu kita trace period kita macam pink pad, dll

    ReplyDelete
  3. hehe.mmg gempak pon.bLushing bc title post.hehehe

    sya-orked.blogspot.com

    ReplyDelete

Tempat perantin comey berborak kat sini taw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...