Friday, September 28, 2012

Save The Date!

6 comments:
salam b2b and silent readers!


SAVE THE DATE! 
hihihi...


Saya dan pasangan ingin menjemput b2b sekalian ke Majlis Perkahwinan saya;

Tarikh : 13 Oktober 2012
Hari : Sabtu
Masa : 12 t/h hingga 5 ptg
Tempat : Muar




*sila pm alamat anda untuk proses penghantaran kad 




psttt..doakan semua urusan kami dipermudahkan ye kawan-kawan...aminn..

Wednesday, September 19, 2012

Malam Pertama & Kitar Haid.

6 comments:
salam b2b and silent readers!

haaaa, ape yang korang fikir bile tengok title kat atas tu??

MALAM PERTAMA & KITAR HAID??  

jeng...jeng...jeng...

ana sebenarnye tengah cari informasi tentang kitar haid & tahap kesuburan. pada ana, info ni sangat berguna untuk semua b2b yang akan jadi m2b nanti.. 

Inilah kitar haid/menstrual


ape tu kitar haid?

kitar haid tu adalah satu kitaran pelepasan ovum dari seorang wanita. ovum tadi akan keluar bersama darah yang dikenali sebagai darah haid jika ia tidak disenyawakan oleh sperma dari lelaki. darah tadi berasal daripada dinding rahim (uterus). Apabila ovum dilepaskan dari ovari (organ yang mengeluarkan ovum) ia bergerak ke tiub Fallopio   dan menunggu untuk disenyawakan oleh sperma. jika ada persenyawaan berlaku, ia akan dipanggil zigot dan dinding rahim bersedia untuk menerima zigot tadi untuk membesar didalamnya, pada dinding rahim (uterus) itu terdiri daripada kapilari darah yang akan menyediakan nutrient kepada zigot untuk membesar. jika tiada persenyawaan berlaku, darah tadi akan keluar sebagai darah haid.

ape pulak ovulasi ni?

ovulasi ialah saat pelepasan ovum dari ovari. ia berlaku pada hari ke 14 dalam kitar haid (hari pertama haid ialah Hari 1), lebih kurang 8 hari selepas menstrual/haid. waktu ini juga dikenali sebagai waktu subur. pada ketika inilah wanita lebih mudah hamil jika ada persetubuhan kerana ovum baru sahaja dibebaskan dari ovari dan adanya sperma yang boleh hidup maksima hingga 7 hari. 
terdapat beberapa tanda yang anda boleh kenalpasti waktu anda sedang mengalami ovulasi;

1. Perubahan mukus serviks.
mukus tersebut adalah cecair yang ada pada faraj wanita yang berfungsi untuk memudahkan dan mempercepatkan sperma bergerak masuk menuju ke tiub falopio untuk mensenyawakan ovum. apabila mukus anda jernih, anjal dan licin maka pada ketika itulah anda subur!

2. sakit pinggang
ia merupakan sakit pinggang yang ringan kepada sakit tajam menusuk. kadang kala dikenali sebagai sakit pinggang sebelah yang boleh berlanjutan dari beberapa minit kepada beberapa jam.

3. Rasa seksi dan suka memikat
Wah! pada ketika ini libido semakin meningkat, makin riang dan lebih bersosial. maknanya wanita lebih suka keluar rumah ke tempat-tempat yang boleh bersosial, bergurau dan cuba memikat (ops! bahaya tu! hihi..) lebih baik pikat suami sahaja ye kawan-kawan! =)

4. kelihatan bergetah!
pada ketika ini wanita cenderung untuuk lebih berhias daripada biasa! mereka juga lebih mementingkan kecantikan diri pada ketika ini.

5. Bau yang membuat lelaki GILA!
bau wanita ketika ini dapat menggoda lelaki kerana adanya feromon! feromon adalah bahan kimia yang membuatkan kita tertarik kepada pasangan..




kurang pasti waktu subur anda? Kira lah di {Ovulation Calculator}

Malam Pertama? tu no komen lah! saye x kawen lagi! hihihi..saje je nak buat gempak! 
hahahah...

xoxo

Wednesday, September 12, 2012

sebulan yang panjang!

4 comments:

Salam b2b and silent readers!

Wow! Sebulan lebih x update blog! Rindu sangat-sangat‼ maaf sebab da lame x update blog kerana Ana uruskan hal ehwal majlis perkahwinan ni. Walaupun menyesakkan dada, pening memikirkan semua kemungkinan & idea, kesihatan, kekangan kerja dan sebagainya tapi Ana enjoy the moments! Sekali seumur hidup, kan! I’Allah…hehe..
Banyak perkara yang nak cerita nih! Hihi..

First : Bridal

Ingat lagi x sebelum ni Ana ade tempah bridal? But guess what, last minute Ana batalkan tempahan dan amik bridal lain. Kenapa? Family Ana kurang berpuas hati dari segi harga & pelamin. Mula-mula Ana je yang rase macam tu tapi bile kakak & mak Ana beri pendapat, Ana pun terfikir. Sebenarnye vendor tu amik hidden caj yang sangat tinggi. Bukanlah nak mengaibkan mereka tapi perbuatan mereka agak tidak rasional pada Ana. Aksesori pula xlengkap. Bile kite request nak perenjis & lain-lain ade caj adds-on pulak! harga yang lebih kurang sama dengan tapi beza RM250, ade byk mende yang besar ana boleh dapat lagi..  Aduhai! Memang ana x nafikan, solekan kat bridal yang ana amik mula-mula tu memang cantik! Puas hati jugak, tapi bile da banyak sangat hidden caj ni, kite pun jadi takut, takut terlebih bajet pulak kalo nak mintak lebih-lebih. Betul x? so ana pun terpaksa survey sekali lagi untuk dapatkan perkhidmatan yang setanding dengan caj yang kita bayar berdasarkan quotation-quotation yang ana pernah mintak sebelum ni. Pastu diskus, pergi butik dengan mak & trus bayar deposit lepas berpuas hati dengan harga dan caj yang dikenakan. Alhamdulillah. Cume hujung minggu ni je ana baru nak buat test make up sebab sebelum ni ana xpernah make up dengan dorang. Harap-harap MUA dorang bukan la tokey wayang opera cina! Hihihi..ana xnak la make up tebal-tebal.. nak natural je..tu yang lebih baik kan?
Vendor :  Aziesha Wedding Planner & Canopy Services

Second :  Kad Kahwin

Kad kahwin da siap‼ yeay! Alhamdulillah, puas hati dengan khidmat kak intan dari Seri Kreatif Design. Harga pun ok siap 2 bunting percuma. Ana ambil kad untuk belah ana je sebab nak edarkan kat saudara-mara mase raye hari tu. Sekarang ni kad lelaki masih dalam proses lagi.
Vendor : Seri Kreatif Design

Third :  Baju Sanding

Baju da hantar tailor. Maz Idaman kat JB. Kalo ikutkan 18 sept ni  da boleh ambil. Harap-harap semuanya ok..harga pun murah je  =)
Vendor : Maz Idaman

Fourth : Henna

Berbaloi x kalau full cap inai tangan dan kaki + lukis kat tangan dengan harga beratus? Pada ana xberbaloi langsung! RM 50 pun da sangat mahal sedangkan biasenye RM 20 pun ade! Tapi…. Mane ana nak cari perkhidmatan henna ni yang murah, cantik & henna yang berkualiti? Harap b2b Muar boleh tolong ana kalau ade info henna area muar ni.. plissss ~(T_T)~

Fifth : Hantaran

Sekarang ni baru nak cari barang hiasan untuk buat hantaran. Ops! My mum request untuk tambah makanan dalam hantaran. So sepatutnya dari 7 berbalas 9 dulang akan jadi 7 berbalas 11 dulang.so sekarang ni tengah mencari sape-sape yang boleh buat cupcakes yang sedap dan comel di area Muar..


* kepada b2b sume yang minta yasin cover tu, ana mintak maaf sebab xdapat nak balas emel. ana tak boleh nak balas & attach kat korg. sabr ye. akan diusahakan dalam jangkamasa terdekat ni.

xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...