Tuesday, July 10, 2012

Cincin Lelaki - Hukumnya & Hunting!


salam b2b & all readers!

last week ana & tunang spend weekends same-same setelah sebulan x jumpe! {gedik!} haha... so, misi kitorang mesti la tertumpu pada hal-hal persiapan perkahwinan, bukannye bersukaria..huhu..misi ktorang kali ni adalah CINCIN LELAKI! pas sesi survey-survey beberapa bulan lepas, so bulan ni kami trus grab je cincin yang telah ditemui. incik tunang ni senang je, xyah nak survey banyak tempat sangat. bile da berkenan, harga pon ok, trus grab je, xmacam ana. mesti akan survey lagi tempat lain lagi untuk dapatkan harga paling best! cerewet kan? huhu... seriously sangat suke dengan design cincin incik tunang. actually ana yang pilih! hahahahaha... incik tunang kate pilih yang mane ana suke, pastu die akan decide nak amik yang mana satu dari pilihan ana tu. senang kan? huhu..tunang die je ni yang banyak cekadak! hehehe...

incik tunang x ske suasa sebab macam orang tua. pastu nak pakai white gold x boleh kan? pastu ana try wat research untuk cincin lelaki ni. ade banyak jenis. suasa, white gold,  platinum, silver & stainless steel. ade lagi x?

Hukum

Cincin Suasa
sumber: Myibrah

SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”
Cincin Perak / Silver
Sumber: Serambi Dakwah

Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-

أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat”[Majmu' Fataawa 25/63-65].

KESIMPULANNYA {UNTUK LELAKI}

  1. EMAS - HARAM
  2. WHITE GOLD / EMAS PUTIH - HARAM
  3. SUASA - HARAM SEBAB ADA CAMPURAN EMAS
  4. PLATINUM - HALAL
  5. SILVER / PERAK - SUNAH
"Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua."


cincin yang kami pilih adalah silver. kebetulan pulak! hihi..da beli baru buat research..haha.. nasib baik betul. tapi incik tunang memang xmau cincin suasa sebab macam orang tua, rupa-rupanya haram hukumnye. nasib baik x beli. =) platinum pulak confirm la xmampu kot. ade makan megi nanti pas kawin! hihi.. lebih baik ikut sunah kan? so, pilih lah perak @ silver! =)

so ni contoh-contoh design yang menyerupai cincin incik tunang saye. simple but nice! hampir sama macam husband kak kina punye! x sangka pulak..huhu.. taste kite sama agaknye! xcaye, tengok ni {cincin husband kak kina}




RG8255
sumber: seputeh chenta



seriously memang puas hati dengan harga, design & kualiti. kami beli kat muar je. kat kedai silver yang dalam Wetex Parade, Muar. lupe pulak name kedainye. nanti ana update ye!

xoxo
ana yang nak gedik nak kawin! hihi..

2 comments:

  1. tq for the info...mmg terpikir2...mane yg btol...so le r p cari ngan hati yg tenang t...

    ReplyDelete

Tempat perantin comey berborak kat sini taw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...