Thursday, June 14, 2012

Nak Gambar Kawin Cantik?? Bace ni!

10 TIPS UNTUK PENGANTIN BAGI MENDAPATKAN GAMBAR TERBAIK SEMASA HARI MAJLIS


Semasa majlis akad nikah:
1) Pengantin perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk memastikan jurugambar dapat memasukkan gambar kedua-dua pengantin di dalam satu gambar untuk shot-shot tertentu. Jika tidak pasti kedudukan yang sebenar untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar terlebih dahulu.

> jangan duduk jauh2 ye. kalo nak duduk kat sebelah pengantin lelaki boleh x?

 {tak malu!}

2) Bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang ke bawah atau terlalu menunjukkan muka yang serious. Perasaan gementar, gemuruh dan sebagainya adalah perkara biasa dalam majlis pernikahan. Kadang-kadang sedikit ‘lakonan’ yang menunjukkan kegembiraan sebenarnya dapat mengurangkan perasaan gemuruh ini. Disamping gambar-gambar  yang menarik, perasaan gemuruh anda mungkin akan hilang sedikit demi sedikit.

> noted! jangan banyak sangat tunduk. kena berlakon sikit ala-ala erra pajira..meletops u all nanti!

{pastikan senyum dengan keadaan ayu & suci. auwwwww!}

3) Pastikan anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari  masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan kepada gambar-gambar anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin akan merasa ‘down‘ dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari segi interaksi anda dengan jurugambar.


> setuju! penting ni! pastikan pengapit pegang sume dokumen yang penting termasuk IC.


{pastikan da tukar IC, bukannye IC masa darjah 6.takut nanti tok kadi confius dengan pengantin perempuannye}

4) Cara terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah dengan membawa 3 atau 4 orang rakan yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasan gemuruh anda akan hilang tanpa anda sedari. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda dari mula hingga akhir majlis.


> rakan, keluarga & pengapit dapat membantu pengantin untuk bertenang disamping untuk memastikan pengantin sentiasa lebih vogoue daripada biasa.


{jangan musuh lak yang temankan. nanti ade adegan tembak menembak pulak!}


 Semasa Majlis Persandingan
5) Pastikan jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini adalah amat penting jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat, tarian dan sebagainya yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari segi ‘shooting angle‘ dan sebagainya.


> betul tu! tugas OP & VP adalah untuk merakamkan setiap detik yang berlaku semasa majlis perkahwinan.so pastikan b2b bg briefing tentang flow majlis & apa yang anda mahukan dalam album nanti


{pastikan ape yang kite bayar setimpal dengan khidmat yang diberikan. tapi pastikan PR anda dalam keadaan baik ok!}


6) Sila beritahu jurugambar anda jika terdapat jurugambar lain atau pun anda ada menempah juruvideo berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama dengan jurugambar/ juruvideo tersebut. Cara kerja dan ‘style‘ yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu nama-nama jurugambar/juruvideo yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin boleh diadakan untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar.


>ini memudahkan untuk mereka berkerjasama untuk menghasilkan pic anda yang cantik2!


{xd la nanti dorang bergaduh sape nak shoot dulu.pengantin pun confirm bad mood bile da pening macam tu} 

7) Di samping jurugambar/juruvideo tambahan, kehadiran jurugambar-jurugambar lain dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu mereka terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam apa-apa situasi pun supaya tiada gambar atau ‘moments‘ yang terlepas.


> kalo amik sepuluh OP & VP. semua OP & VP penting sebab x semua moments dapat dirakamkan oleh seorang OP @ VP


{tapi kalo ade banyak sgt orang yang bukan OP @ VP yang nak amik pic, kena la bg laluan kt OP & VP. takut nanti masa terbazir utk acara seterusnya dan akan menyusahkan pihak yang lain.}


 8) Kedua-dua pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih eye-contact‘ dengan orang-orang sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu tunduk dan memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara 2 di atas). Saat-saat seperti berjalan ke pelamin,semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan beradab adalah saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda semasa hari majlis.


>pandang dan senyum! 


{jangan pulak berkelakuan x senonoh ye. ingat, anda pengantin!}



9) Jika jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau majlis, pastikan anda peka mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda membahagikan masa untuk sesi-sesi tertentu seperti posing di atas pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar masa dan ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan. Melengah-lengahkan aturcara majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan adalah antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika tambahan masa diperlukan.


>walaupun ramai tetamu yang datang, cukuplah sekadar mengalu2kan kedatangan mereka.bukannye berbual terlalu lama.jika masih sempat, selepas majlis, sambung la berbual-bual dengan mereka.


{xpayah la nak ajak gi minum teh tarik dan pekena roti canai dulu}

10) Jika terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan tempat pilihan untuk penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majlis sehingga mengambil masa berjam-jam perjalanan. Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar.


>cari kawasan yang menarik untuk wat outdoor. berbincang dengan OP mengenai lokasi outdoor & bertanya jika ade cadangan dari OP.pastikan anda telah mencari lokasi sebelum majlis berlangsung.


{pilih lokasi outdoor yang sesuai.xkan nk amik outdoor kat dapur pulak?}


 (Ditulis oleh: Azizan Aziz, jurugambar professional & pengasas Romantis Studio 
Sumber : Lensa Foto

8 comments:

  1. dah praktis haha tips paling berguna, senyum dan jgn pk posing ! :)

    ReplyDelete
  2. aha!! review yang bagus ana.. ehhe.. boleh la kite sama2 try nanti ye. hehehe :D

    ReplyDelete
  3. @anaztasias nora airak.nora mesti praktis sym byk2 kan b4 wedding?sb tu pic cantik je! hihi..

    ReplyDelete
  4. @BIEhehe..harusla praktis taw cik bie! nak pic cantik kan! hihi..

    ReplyDelete

Tempat perantin comey berborak kat sini taw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...