Sunday, June 17, 2012

DIY SIGNAGE

hi b2b and silent readers {like me}


salunye signage ni salu wat last minute. bile da last minute confirm la amik marker trus tulis kat A4 paper. hasilnye  memang xbest. =(

so ana da wat awal=awal and da dapat persetujuan dari family {family first ok!}

daripada pemerhatian ana, ini beberapa tips yang dapat ana kongsikan utk b2b sekalian.

  1. pastikan signage ni dibuat awal sebelum majlis, bukannya malam sebelum majlis untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati.
  2. pastikan anda telah setkan untuk meletakkan signage tersebut berdasarkan peta pada kad kawin. berbincang dengan keluarga seelok-eloknya.
  3. minta pertolongan daripada saudara-mara lelaki untuk memasangkan signage tersebut,bukannya pengantin perempuan itu sendiri.
  4. pastikan signage anda mempunyai tulisan/font yang besar,jelas dan terang untuk memudahkan driver/co-driver/tetamu untuk membaca dengan sekali imbas semasa dalam perjalanan.elakkan menggunakan font yang berkerawang.
  5. simple.elakkan menghias signage dengan meriah kerana dikhuatiri menyusahkan mereka untuk membaca contohnya kerawang yang melampau atau gambar yang banyak
  6. pastikan tanda arah tersebut besar dan jelas
  7. pastikan ada maklumat yang penting seperti tarikh, nama pengantin dan nama ibu bapa (optional) {tidak semua tetamu mengenali pengantin.mungkin mereka datang atas undangan ibu bapa anda, lebih mudah jika anda letakkan nama ibu bapa anda agar dapat mengelakkan mereka tersalah rumah jika ada pengantin lain yang mempunyai nama yang sama dengan anda}
  8. pastikan kedudukan signage dikedudukan tinggi atau mudah untuk dilihat semasa tetamu berada di dalam kenderaan/di dalam perjalanan.jangan letak di atas tanah/terlalu rendah!sangat menyusahkan tetamu untuk mencari lokasi kerana tidak perasan kehadiran signage tersebut! {ini kisah benar saye!}



so, these are my signages!
taraaaa...






 pada signage ana, ana letak nama ibu bapa ana untuk memudahkan keluarga & kawan-kawan mereka untuk mencari lokasi rumah. signage ana simple je, cume ade doodle. doodle tu ana amik dengan izin En. Hafizzi. beliau ni gemar bagi doodle percuma! cube lihat blog beliau..

beliau sangat humble dan baik hati!
thanks Hafizzi!

so, total damage:
A4 paper - free
printer - free
doodle - free
laminating film - rm1/sheet

total : rm 1/sheet

{kalo xd laminator, pakai iron pun boleh.alas dengan kain utk mengelakan laminating film cair}


HAPPY DIY!!!

4 comments:

Tempat perantin comey berborak kat sini taw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...