Wednesday, June 27, 2012

rindu-rinduan

2 comments:
rindu sangat-sangat kat my family & incik tunang!!!
tolong la doakan kursus akan di cancelkan...
sob sob..
nak balik kg! nak jumpe mak, abah, adik2 & tunang!!
apesal la sengal sangat nak wat kursus mase tu jugak! da plan macam2 da...
kat takwim mane ade kursus tyme tu! 
sedih!!!!



{kalo orang bace mungkin nampak gedik kot, tapi betul2 sgt rindu kat dorg!}

Saturday, June 23, 2012

Menuju yang halal, insyaAllah

1 comment:



{111 days to go}

Ya Allah… 
Seandainya telah engkau catatkan… 
Dia milikku tercipta buatku… 
Satukanlah hatinya dengan hatiku… 
Titipkanlah kebahagian antara kami…. 
agar kemesraan itu abadi… 
Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… 
Seiringkanlah kami melayari hidup ini… 
Ketepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi Ya Allah… 
Seandainya telah engkau takdirkan… 
dia bukan miliku… 
Bawalah ia jauh dari pandanganku… 
Luputkanlah ia dari ingatanku… 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti… 
Berikanlah aku kekuatan… 
Melontar bayangannya jauh ke dada langit… 
Hilang bersama senja nan merah… 
agar aku bahagia… 
Walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya Allah yang tercinta… 
Gantillah yang telah hilang… 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… 
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku… 
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… 
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… 
Adalah yang terbaik buat ku… 
kerana Engkau maha mengetahui… 
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini.
Ya Allah…
 Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… 
Di dunia dan di akhirat… 
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… 
Jangan engkau biarkan aku sendirian… 
Di dunia ini mahupun di akhirat… 
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… 
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… 
Ke jalan yang Engkau redhai… 
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Amin.. Ya Rabbal A’lamin


semoga kasih sayang kita di redhai-Nya dan berkekalan.
aminnn..

Surah Yusuf Ayat 4:

 Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


Surah Thaaha Ayat 39:

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."


Sunday, June 17, 2012

DIY SIGNAGE

4 comments:
hi b2b and silent readers {like me}


salunye signage ni salu wat last minute. bile da last minute confirm la amik marker trus tulis kat A4 paper. hasilnye  memang xbest. =(

so ana da wat awal=awal and da dapat persetujuan dari family {family first ok!}

daripada pemerhatian ana, ini beberapa tips yang dapat ana kongsikan utk b2b sekalian.

  1. pastikan signage ni dibuat awal sebelum majlis, bukannya malam sebelum majlis untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati.
  2. pastikan anda telah setkan untuk meletakkan signage tersebut berdasarkan peta pada kad kawin. berbincang dengan keluarga seelok-eloknya.
  3. minta pertolongan daripada saudara-mara lelaki untuk memasangkan signage tersebut,bukannya pengantin perempuan itu sendiri.
  4. pastikan signage anda mempunyai tulisan/font yang besar,jelas dan terang untuk memudahkan driver/co-driver/tetamu untuk membaca dengan sekali imbas semasa dalam perjalanan.elakkan menggunakan font yang berkerawang.
  5. simple.elakkan menghias signage dengan meriah kerana dikhuatiri menyusahkan mereka untuk membaca contohnya kerawang yang melampau atau gambar yang banyak
  6. pastikan tanda arah tersebut besar dan jelas
  7. pastikan ada maklumat yang penting seperti tarikh, nama pengantin dan nama ibu bapa (optional) {tidak semua tetamu mengenali pengantin.mungkin mereka datang atas undangan ibu bapa anda, lebih mudah jika anda letakkan nama ibu bapa anda agar dapat mengelakkan mereka tersalah rumah jika ada pengantin lain yang mempunyai nama yang sama dengan anda}
  8. pastikan kedudukan signage dikedudukan tinggi atau mudah untuk dilihat semasa tetamu berada di dalam kenderaan/di dalam perjalanan.jangan letak di atas tanah/terlalu rendah!sangat menyusahkan tetamu untuk mencari lokasi kerana tidak perasan kehadiran signage tersebut! {ini kisah benar saye!}



so, these are my signages!
taraaaa...






 pada signage ana, ana letak nama ibu bapa ana untuk memudahkan keluarga & kawan-kawan mereka untuk mencari lokasi rumah. signage ana simple je, cume ade doodle. doodle tu ana amik dengan izin En. Hafizzi. beliau ni gemar bagi doodle percuma! cube lihat blog beliau..

beliau sangat humble dan baik hati!
thanks Hafizzi!

so, total damage:
A4 paper - free
printer - free
doodle - free
laminating film - rm1/sheet

total : rm 1/sheet

{kalo xd laminator, pakai iron pun boleh.alas dengan kain utk mengelakan laminating film cair}


HAPPY DIY!!!

Saturday, June 16, 2012

FOR GROOM: PEMAKAIAN TANJAK & BROOCH YANG BETUL

1 comment:

credit to google

tip pemakaian tanjak. mungkin ramai yang tidak peka atau tidak tahu {macam ana} tentang pemakaian tanjak dengan betul. mungkin kadang-kadang mak/pak andam pun tak peka dengan pemakaina tanjak. pas jalan-jalan kat google tadi, ana baru jumpe tips ni. seriously memang first time taw. selama ni xtaw pun betul @ salah tatacara pemakaian tanjak oleh pengantin lelaki. huhu.. so, ni summary yang ana dapat.
  1. pakai tanjak dengan lurus, bukannye mendongak. bukannye terdongak.
  2. bahagian paling tinggi / bucu tanjak sebaris dengan telinga bukannya di atas dahi 
  3. brooch perlu berada ditengah-tengah sebaris dengan hidung
sumber: Ajeeb Rasli

cekidout!!!

Thursday, June 14, 2012

::120days:: {gulp!}

1 comment:
120days
mood: gulp! {telan air liuq}


progress untuk bulan Jun

  1. siapkan doorgift utk malam khatam Quran/Yasin/Malam berinai - 50 % done
  2. hantaran - belum mula lagi. perlu cari reference
  3. thank you tag - belum mula! kne mula dari sekarang!
  4. veil - tertinggal kat kampung, so xley nak wat =(
  5. dress - ade lagi satu x hantar kat tailor. kain da beli..ade sape2 nak suggest tailor dari JB @ Muar please?
  6. bayar deposit OP - tomorrow!

banyak lagi xsiap!!

Nak Gambar Kawin Cantik?? Bace ni!

8 comments:

10 TIPS UNTUK PENGANTIN BAGI MENDAPATKAN GAMBAR TERBAIK SEMASA HARI MAJLIS


Semasa majlis akad nikah:
1) Pengantin perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk memastikan jurugambar dapat memasukkan gambar kedua-dua pengantin di dalam satu gambar untuk shot-shot tertentu. Jika tidak pasti kedudukan yang sebenar untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar terlebih dahulu.

> jangan duduk jauh2 ye. kalo nak duduk kat sebelah pengantin lelaki boleh x?

 {tak malu!}

2) Bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang ke bawah atau terlalu menunjukkan muka yang serious. Perasaan gementar, gemuruh dan sebagainya adalah perkara biasa dalam majlis pernikahan. Kadang-kadang sedikit ‘lakonan’ yang menunjukkan kegembiraan sebenarnya dapat mengurangkan perasaan gemuruh ini. Disamping gambar-gambar  yang menarik, perasaan gemuruh anda mungkin akan hilang sedikit demi sedikit.

> noted! jangan banyak sangat tunduk. kena berlakon sikit ala-ala erra pajira..meletops u all nanti!

{pastikan senyum dengan keadaan ayu & suci. auwwwww!}

3) Pastikan anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari  masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan kepada gambar-gambar anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin akan merasa ‘down‘ dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari segi interaksi anda dengan jurugambar.


> setuju! penting ni! pastikan pengapit pegang sume dokumen yang penting termasuk IC.


{pastikan da tukar IC, bukannye IC masa darjah 6.takut nanti tok kadi confius dengan pengantin perempuannye}

4) Cara terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah dengan membawa 3 atau 4 orang rakan yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasan gemuruh anda akan hilang tanpa anda sedari. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda dari mula hingga akhir majlis.


> rakan, keluarga & pengapit dapat membantu pengantin untuk bertenang disamping untuk memastikan pengantin sentiasa lebih vogoue daripada biasa.


{jangan musuh lak yang temankan. nanti ade adegan tembak menembak pulak!}


 Semasa Majlis Persandingan
5) Pastikan jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini adalah amat penting jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat, tarian dan sebagainya yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari segi ‘shooting angle‘ dan sebagainya.


> betul tu! tugas OP & VP adalah untuk merakamkan setiap detik yang berlaku semasa majlis perkahwinan.so pastikan b2b bg briefing tentang flow majlis & apa yang anda mahukan dalam album nanti


{pastikan ape yang kite bayar setimpal dengan khidmat yang diberikan. tapi pastikan PR anda dalam keadaan baik ok!}


6) Sila beritahu jurugambar anda jika terdapat jurugambar lain atau pun anda ada menempah juruvideo berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama dengan jurugambar/ juruvideo tersebut. Cara kerja dan ‘style‘ yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu nama-nama jurugambar/juruvideo yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin boleh diadakan untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar.


>ini memudahkan untuk mereka berkerjasama untuk menghasilkan pic anda yang cantik2!


{xd la nanti dorang bergaduh sape nak shoot dulu.pengantin pun confirm bad mood bile da pening macam tu} 

7) Di samping jurugambar/juruvideo tambahan, kehadiran jurugambar-jurugambar lain dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu mereka terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam apa-apa situasi pun supaya tiada gambar atau ‘moments‘ yang terlepas.


> kalo amik sepuluh OP & VP. semua OP & VP penting sebab x semua moments dapat dirakamkan oleh seorang OP @ VP


{tapi kalo ade banyak sgt orang yang bukan OP @ VP yang nak amik pic, kena la bg laluan kt OP & VP. takut nanti masa terbazir utk acara seterusnya dan akan menyusahkan pihak yang lain.}


 8) Kedua-dua pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih eye-contact‘ dengan orang-orang sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu tunduk dan memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara 2 di atas). Saat-saat seperti berjalan ke pelamin,semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan beradab adalah saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda semasa hari majlis.


>pandang dan senyum! 


{jangan pulak berkelakuan x senonoh ye. ingat, anda pengantin!}



9) Jika jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau majlis, pastikan anda peka mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda membahagikan masa untuk sesi-sesi tertentu seperti posing di atas pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar masa dan ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan. Melengah-lengahkan aturcara majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan adalah antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika tambahan masa diperlukan.


>walaupun ramai tetamu yang datang, cukuplah sekadar mengalu2kan kedatangan mereka.bukannye berbual terlalu lama.jika masih sempat, selepas majlis, sambung la berbual-bual dengan mereka.


{xpayah la nak ajak gi minum teh tarik dan pekena roti canai dulu}

10) Jika terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan tempat pilihan untuk penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majlis sehingga mengambil masa berjam-jam perjalanan. Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar.


>cari kawasan yang menarik untuk wat outdoor. berbincang dengan OP mengenai lokasi outdoor & bertanya jika ade cadangan dari OP.pastikan anda telah mencari lokasi sebelum majlis berlangsung.


{pilih lokasi outdoor yang sesuai.xkan nk amik outdoor kat dapur pulak?}


 (Ditulis oleh: Azizan Aziz, jurugambar professional & pengasas Romantis Studio 
Sumber : Lensa Foto

Friday, June 8, 2012

TEMA MAJLIS PERNIKAHAN DAN RESEPSI

2 comments:
MAJLIS PENIKAHAN

untuk nikah ana pilih kaler light coral, peach, pink and white.. lebih kurang macam ni la.. 
*sila abaikan kaler coral, fushia.. untuk nikah ana lebih prefer soft colour..


{mood:innocent la sgt!}




MAJLIS RESEPSI
presenting....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TARAAAAAA................







so ini lah tema warna ana untuk majlis resepsi yang akan di buat kat rumah ana.


yup! daring kan! huhu...

warna-warna ni memang lum ade orang wat lagi kat kampung  ana. huhu..ana pun jenis happy go lucky / meery go round! ahaks!
so rasenye warna-warna macam ni memang sesuai la untuk diriku yang ceria ini {perasan!}

seriously ana memang in love with PINK dari dulu lagi. nowdays je ana banyak suke kaler kuning. so ana combine la due-due kaler ni..huhu..
xkisah la ape nak kate, yang penting kite suke lagi-lagi mase wedding day kite kan! huhu..


* cabarannye: agak susah utk mencari vendor yang ade theme macam ni. so ana kena wat mix and match sebab dorang xpernah ade customer yang mintak pallete macam ana nak ni..huhu..lain dari yang lain gitu..
{mood: happy!}

Thursday, June 7, 2012

JANGAN KAU LAKUKAN INI WAHAI PENGANTIN PEREMPUAN!

4 comments:
mesti kite lega bile majlis yg kite idam-idamkan da selesai betul x??
mseti mase tu jgk la pengantin kene buli cuci periuk belanga yang hitam legam tu pas kenduri..dorg memang sengaje je tinggalkan tu sebagai hadiah teristimewa untuk pengantin kan? huhuhu..
mase tu la telinga kena letak penapis sebab nk kena tahan dengan usikan dari sume orang terutama kaum kerabat & orang kampung! phewwwwwww...kalo pegantin lelaki kena la control macho! yang perempuan pulak tunjuk la sikit sifat kerajinan walaupun korang sebenarnye malas! hikhikhik! {macam ana je tu! toinnggggg!} 
bile da penat-penat tu, mesti kebulur kan! mase nk nikah xsempat nak makan sebab nervous sgt. bile makan beradab xkan nak melantak puas-puas pulak..nampak sangat ketidaksopanan pengantin itu! hihi..pastu posing2 maut ulak.pastu ena cuci periuk pulak! haiyooooo...boley kurus dlm 1 hari! hihihi... 
tapi sume b2b kne beringat-inagt..nanti pas kawin jgn makan sewenang-wenangnye..ni bukan pasal diet! tapi demi masa depan..diulangi  DEMI MASA DEPAN!
tadi ana ade bw [blogwalking]..pastu terjumpe satu info yg sangat berguna kpd sume b2b. 

KALO NAK ANAK, PENGANTIN PEREMUAN KENA JAGA MAKAN DAN MINUM.
ELAKKAN DARI MAKAN ATAU MINUM


1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah 4 jenis makanan ini dilarang?” Baginda menjawab : “Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”
Saidina Ali r.a  bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).” Baginda menjawab : “Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna . Ketumbar (Coriander) mengganggu haid di dalam perut dan menyukarkan kepada kelahiran . Epal masam memotong haid sebelum masanya.

SO TO ALL B2B OUT THERE, BE CAREFUL!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...