Thursday, March 29, 2012

DOKUMEN PERNIKAHAN

Dokumen Permohonan(MALAYSIA)
  1. Borang Permohonan Nikah ( Borang 1 atau Borang 2) yang telah disahkan dan ditandatangani oleh Penolong Pendaftar Nikah ( Jurunikah kawasan / mukim di alamat pemohon ;
  2. Salinan Kad Pengenalan (Asal perlu dibawa)
  3. Surat Akuan Bujang / Duda / Janda daripada: Penghulu, atau Ketua kampung, atau Majikan yang beragama Islam
  4. Bagi pemohon Duda/Janda hendaklah disertakan; Surat Cerai (Pemohon wanita) atau Surat Pengesahan Perceraian (Lelaki) atau Sijil Kematian dan Sijil Nikah asal;
  5. Surat Bukti Pemastautin dari Penghulu atau Ketua Kampung bagi tempat tinggal berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan dan kakitangan Kerajaan yang berkhidmat di Negeri Johor hendaklah mengemukakan Surat Akuan daripada Jabatan;
  6. Laporan pemeriksaan kesihatan bakal pengantin (HIV);
  7. Sijil Kursus Pra Perkahwinan;
  8. Surat Perakuan Memeluk Agama Islam (jika saudara baru);
  9. Surat Akuan Sumpah berkenaan Status Diri sebelum memeluk Agama Islam daripada Suruhanjaya Sumpah yang beragama Islam.
sumber dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor 

 ni borang2 yg diperlukan untuk bernikah..tp kalo nk nikah kat thailand, xyh kot borang2 ni..huhu..bahaya tu...kesan nye nti menyusahkan diri. lebih baik bersusah dahulu bersenang2 kemudian kan?? ok. dokumen ni sah utk seluruh malaysia kecuali no 1. borang permohonan nikah mesti didapati dari mukim masing2. maknenye kt mane korg bermastautin kt situ la kne amik borang..
so yg berkaitan dgn ana ialah:

for me:
  1.  Borang Permohonan Nikah 
  2. Salinan Kad Pengenalan & salinan
  3. Surat Akuan Bujang 
  4. HIV test
  5. sijil kursus kahwin
for him:
  1.  Borang Permohonan Nikah 
  2. Salinan Kad Pengenalan & salinan
  3. Surat Akuan Bujang 
  4. HIV test
  5. sijil kursus kahwin
  6. surat kebenaran nikah di luar kawasan [sb incik tunang/pakcik ni dok kt melaka]
so korg mcm mn? oh ye..mst korg igt kitorg da gedik sgt nk tawen kn? huhu..mane x nye, bile tgk ticker tu ade lg 6 bulan tu! lame lg! huhu..apepun ktorg juz prepare awl2 in case pakcik tersayang ni terpaksa g rekrut, [owh... PJJ percintaan jarak jauh! huhu..] anyway setiap pasangan ade reason masing2 kn! so be happy to prepare your wed! once in a life time!

No comments:

Post a Comment

Tempat perantin comey berborak kat sini taw!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...