Saturday, December 15, 2012

REVIEW CINTA 2: Solemnization's Tentative

5 comments:
salam b2b and readers!
kali ni ana nak review tentang majlis pernikahan ana & hubby.
bile fikir tentan tentatif nikah, memang ana sangat-sangat pening kepala. kenapa? sebab kami nikah pada hari JUMAAT {12.10.12} dimana hari tersebut merupakan hari bekerja. ana kena fikir tentang masa, makanan, cuaca, rombongan en. hubby, orang rewang and etc. memang kusut masai kepala. serabai tu memang xpayah cerita. huhuhuhu...
bila melibatkan majlis besar macam ni  kite kena berbincang dengan ibu bapa & keluarga sebab mungkin dorang ade pengalaman atau pun dapat nasihat dari imam / orang kampung / jiran tetangga masing-masing. pandangan dari mereka sangat penting kerana kadang kala kita tidak memahami selok-belok cara & adat di situ so, lebih baik kita bertanya. lagipun kalo bertanya x kena bayar kan?? hihhi... tapi mungkin boleh cut cost taw!!! betul!
selepas berbincang maka kami sekeluarga putuskan untuk mengadakan pernikahan di rumah selepas solat Jumaat, lebih kurang pukul 3 petang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------- 
HARI KEJADIAN
JUMAAT / 12.10.12

pagi-pagi ana breakfast sebab ramai ex-b2b kate dorg xsempat nak breakfast. so ana pun breakfast cepat-cepat. malam tu ana xboleh nak tidur sampai pukul 4 pagi. memang xboleh nak dielakkan walaupun ramai b2b & family da pesan untuk tidur awal. s bile pagi, muka ana memang sembap. eye bag ana, MasyaAllah! teruk sangat! tapi nak buat macam mana sebab da paksa nak tidur tapi xboleh tidur. so ana redha je..
{tanamkan dalam diri b2b untuk redha apa saja yang terjadi pada hari tersebut. kita dah merancang yang sebaiknya tapi Allah yang menentukan semuanya kan? kesannya, b2b semua pasti kurang rasa kecewa @ marah @ bad mood.kalau bad mood mesti pic x cantik kan???}
my mom kejutkan pukul 7 pagi, almaklumlah bendera jepun berkibar dengan gagahnya! hahaha.. rasenye baru pejam mata, tapi dah kena celik semula. moral of the story,  
TIDUR AWAL! 
make sure b2b dapat rehat secukupnya & tidur secukupnya. pas breakfast ana trus kemas bilik sampai cun melecun.
pukul 11 {ERIN}, my MUA sampai and mula makeup. she very nice and thin! hahaha.. peramah& senang nak bekerjasama dengan die. yang paling penting, puctual! die ikut ape kehendak customer. ana mintak very natural makeup with not-over eyelashes. and the result, I LIKE!

BEFORE


 AFTER





 siap make up pukul 12. so ana berposing maut dulu dibantu oleh OP. inilah kelebihan fotografer perempuan! heeeeeeeeee..... fotografer ana datang dengan 2 orang kawan-kawannya. dorang pergi solat jummat, kami kat rumah berposing sakan! hehehe.. oh, ye! selepas make up, ana da inform pada OP untuk adakan family potrait session. so kami ambil gambar keluarga selepas mereka balik dari solat Jumaat. ana buat family session ni untuk make sure ade gambar family kat dalam album. kebanyakkan yang ana baca dari reference ex-b2b, kebanyakkan family members agak busy melayan tetamu yang hadir, so kesannya, ade family members yang xde dalam gambar. so untuk make sure that thing won't happens, so ana buat family potrait sessions. pastikan b2b berbincang dgn OP masing-masing. jangan agak-agak je yang dorang taw tentatif majlis kite. we should inform and remind them!





 pukul 3 rombongan lelaki sampai. ana terus masuk bilik.  
....dup dap dup dap...
selesai semua khutbah, barulah imam, kadi, saksi dan orang yang paling penting, My Abah masuk bilik. selesai tandatangan, mereka keluar untuk memulakan akad nikah.

DENGAN SEKALI LAFAZ, MAKA SAHLAH ANA MENJADI ISTERI KEPADA EN. HUBBY PADA
 HARI JUMAAT, 12.10.12 , JAM 3.26 PETANG.
  
sebagai kesimpulannya, ini tentatif ana semasa nikah.

MY SOLEMNIZATION TENTATIVE
11.00 AM - 12.00 PM : MAKE UP
12.00 PM - 2.00 PM   : SELF & FAMILY POTRAIT SESSION
2.30 PM - 3.00PM      : GROOM'S ENTOURAGE ARRIVED
3.00 PM - 3.30 PM     : SOLEMNIZATION
3.30 PM - 4.00 PM     : SELAWAT PRAYER & MEET THE FAMILIES
4. 00 PM - 5.00 PM    : EATING TIME!!!!
5.00 PM                    : POSING AGAIN =)

xoxo

Friday, December 14, 2012

OP FREE!!!

1 comment:
SALAM B2B AND READERS!

ATTENTION TO ALL B2B!

SESIAPA YANG TIADA OP LAGI SILA JENGUK KE PAGE 
KERANA MEREKA AKAN MEMBERI TAJAAAN SECARA

PERCUMA!!!

SYARAT:
PM DETAILS MAJLIS ANDA & SHORT STORY MENGAPA ANDA LAYAK MENERIMA PENAJAAN INI

LOKASI:

SELURUH MALAYSIA

xoxo

Thursday, December 13, 2012

REVIEW CINTA 1: Nikah Outfits

7 comments:
salam readers and all b2b!

kali ini ana nak review baju nikah yang ana & hubby pakai during solemnization day.

BRIDE
Material:  soft chiffon beaded lining with satin valentino.
Design: Baju Kurung Moden 
1. Tangan : berbutang 5, fitted {x terlalu fit untuk memudahkan pergerakan}
2. Kain: jenis duyung
3. Tudung : Tudung awning  {sedih}
4. Veil : tak sempat siap, so pakai mak andam punya {sedih}


TUDUNG:
see my tudung, not my taste... ana da prepare tudung chiffon untuk pakai masa nikah. unfortunately tak taw macam mane tudung tu kotor pulak kat awning paling atas! bengang nye!! kalo boleh cover takpe lah jugak tapi memang obviously sangat nampak sebab ade kat atas, tengah awning tu! nasib aik mak andam ade bawak tudung putih as backup. ana agak cerewet tentang tudung awning ni..huhu..see, ana xpuas hati dengan tudung sebab awning nye pendek! tapi nak buat macam mane, tudung yang ana da prepare boleh kotor time last minit pulak sedangkan mase iron tak ade ape-ape pun..
so, b2b please remember to keep your outfit in your closet & in your room!
ana takde la nak tuduh sape-sape sebab mungkin salah ana sebab hanger je kat dalam bilik.



BAJU KURUNG MODEN
baju kurung moden ni fit ditangan dan ada 5 button yang boleh bukak. {refer pada pic di atas} sangat selesa & cantik {for me!} beading ada pada tangan, hujung baju dan hujung kain. kain pulak bentuk duyung. ade meleret-leret sikit. best dan selesa. mase mula-mula ambil, baju ni terkecik pulak. tapi ana alter pada tailor nye jugak iaitu OMRIZ DESIGN. FOC je.. 
totally, i'm very statisfied with my nikah outfit!



VEIL:
my veil is only in my dreammmmmm..
veil xsempat nak siap! tragikkkkk..... sebenarnye tinggal 10% je nak siap, tibe-tibe macam x confident nak pakai.
kenapa? entah la... swing mood sebabt period kot!
tapi x regret sangat! hehe.. layan je!



-----------------------------------------------


GROOM
Material : Satin Valentino & Sampin Songket 
Design : Baju Melayu Cekak Musang
Songkok : Hantaran masa tunang
Butang Baju Melayu : Hantaran masa tunang



BAJU MELAYU:
 baju melayu hubby design cekak musang. for me, ana suggest untuk nikah better pakai cekak musang sebab nampak formal sikit. kalo baju melayu johor, nampak santai sangat.
do you agree with me? 
hubby pakai baju melayu off-white with peach sampin to match with my outfit. baju ana off-white dengan beading kaler peach.
OMG!!! i fall in love with you hubby! you are sooooooooooooooo handsome in this outfit!




xoxo

I'M BACK!!!

3 comments:

hi! i'm back for blogging! yiiiiiihaaaaa.... hahahaha..

maaf la dah lame tak updet blog straight away dari majlis pernikahan ana hari tu. 
alhamdulillah, 12.12.12 merupakan our 2 months wedding anniversary. 
Thank You, ALLAH.

kepada semua yang ade request template cover yasin & doa pengantin  {here} & segala macam tu, i'Allah ana akan balas emel anda semua.  sebelum ni ana ade balas emel, tapi ade technically problem yang ana sendiri xpasti yang menyebabkan emel-emel tu semua xdapat nak deliver. sekarang ni ana sibuk berPJJ dengan hubby. starting from the solemnization till now, kami masih berPJJ. xsempat lagi nak berhoneymoon because my FIL will be retired in the middle of Dec, so we are a little bit busying helping them here and there {menantu yang baik, kan? hihihi..} so planning untuk berhoneymoon hari tu {here} will be dragged till next year, 2013. sad =(. takpe lah, sekarang ni pun honeymoon jugak! asik berkepit je setiap masa... hihi...

sebagai ex-b2b, pastinye ana kene review setiap perkara utk majlis wedding ana kan?? seperti ana sendiri, ana suka bace review dari ex-b2b untuk dijadikan reference untuk majlis sendiri. penting agar kecacatan majlis dapat dikurangkan dan juga sebagai persediaan.

ok, ana akan review sedikit demi sedikit ye! see you!




Friday, October 19, 2012

ALHAMDULILLAH

4 comments:






ALHAMDULILLAH!

SYUKUR KEPADA-MU YA ALLAH..
DENGAN SEKALI LAFAZ ANA TELAH BERGELAR ISTERI KEPADA 
MUHAMMAD KHAUTSAR BIN JANTAN.

YA ALLAH,
LIMPAH RUAHKANLAH REZEKI KEPADA KAMI SUAMI ISTERI, 
KECINTAAN & KETAATAN, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN,
SALING MEMAHAMI & BERTOLAK ANSUR.
BANTULAH KAMI DALAM HIDUP BERUMAH TANGGA 
AGAR MASJID YANG DIBINA INI MENDAPAT RAHMAT & SYAFAAT DARI-MU.
...AMIN...

MUHAMMAD KHAUTSAR BIN JANTAN
NOOR FAUZIYANA BTE MOHD SALIM

SOLEMNIZATION:
12.10.12

RECEPTION:
13.10.12

Friday, September 28, 2012

Save The Date!

6 comments:
salam b2b and silent readers!


SAVE THE DATE! 
hihihi...


Saya dan pasangan ingin menjemput b2b sekalian ke Majlis Perkahwinan saya;

Tarikh : 13 Oktober 2012
Hari : Sabtu
Masa : 12 t/h hingga 5 ptg
Tempat : Muar




*sila pm alamat anda untuk proses penghantaran kad 




psttt..doakan semua urusan kami dipermudahkan ye kawan-kawan...aminn..

Wednesday, September 19, 2012

Malam Pertama & Kitar Haid.

6 comments:
salam b2b and silent readers!

haaaa, ape yang korang fikir bile tengok title kat atas tu??

MALAM PERTAMA & KITAR HAID??  

jeng...jeng...jeng...

ana sebenarnye tengah cari informasi tentang kitar haid & tahap kesuburan. pada ana, info ni sangat berguna untuk semua b2b yang akan jadi m2b nanti.. 

Inilah kitar haid/menstrual


ape tu kitar haid?

kitar haid tu adalah satu kitaran pelepasan ovum dari seorang wanita. ovum tadi akan keluar bersama darah yang dikenali sebagai darah haid jika ia tidak disenyawakan oleh sperma dari lelaki. darah tadi berasal daripada dinding rahim (uterus). Apabila ovum dilepaskan dari ovari (organ yang mengeluarkan ovum) ia bergerak ke tiub Fallopio   dan menunggu untuk disenyawakan oleh sperma. jika ada persenyawaan berlaku, ia akan dipanggil zigot dan dinding rahim bersedia untuk menerima zigot tadi untuk membesar didalamnya, pada dinding rahim (uterus) itu terdiri daripada kapilari darah yang akan menyediakan nutrient kepada zigot untuk membesar. jika tiada persenyawaan berlaku, darah tadi akan keluar sebagai darah haid.

ape pulak ovulasi ni?

ovulasi ialah saat pelepasan ovum dari ovari. ia berlaku pada hari ke 14 dalam kitar haid (hari pertama haid ialah Hari 1), lebih kurang 8 hari selepas menstrual/haid. waktu ini juga dikenali sebagai waktu subur. pada ketika inilah wanita lebih mudah hamil jika ada persetubuhan kerana ovum baru sahaja dibebaskan dari ovari dan adanya sperma yang boleh hidup maksima hingga 7 hari. 
terdapat beberapa tanda yang anda boleh kenalpasti waktu anda sedang mengalami ovulasi;

1. Perubahan mukus serviks.
mukus tersebut adalah cecair yang ada pada faraj wanita yang berfungsi untuk memudahkan dan mempercepatkan sperma bergerak masuk menuju ke tiub falopio untuk mensenyawakan ovum. apabila mukus anda jernih, anjal dan licin maka pada ketika itulah anda subur!

2. sakit pinggang
ia merupakan sakit pinggang yang ringan kepada sakit tajam menusuk. kadang kala dikenali sebagai sakit pinggang sebelah yang boleh berlanjutan dari beberapa minit kepada beberapa jam.

3. Rasa seksi dan suka memikat
Wah! pada ketika ini libido semakin meningkat, makin riang dan lebih bersosial. maknanya wanita lebih suka keluar rumah ke tempat-tempat yang boleh bersosial, bergurau dan cuba memikat (ops! bahaya tu! hihi..) lebih baik pikat suami sahaja ye kawan-kawan! =)

4. kelihatan bergetah!
pada ketika ini wanita cenderung untuuk lebih berhias daripada biasa! mereka juga lebih mementingkan kecantikan diri pada ketika ini.

5. Bau yang membuat lelaki GILA!
bau wanita ketika ini dapat menggoda lelaki kerana adanya feromon! feromon adalah bahan kimia yang membuatkan kita tertarik kepada pasangan..




kurang pasti waktu subur anda? Kira lah di {Ovulation Calculator}

Malam Pertama? tu no komen lah! saye x kawen lagi! hihihi..saje je nak buat gempak! 
hahahah...

xoxo

Wednesday, September 12, 2012

sebulan yang panjang!

4 comments:

Salam b2b and silent readers!

Wow! Sebulan lebih x update blog! Rindu sangat-sangat‼ maaf sebab da lame x update blog kerana Ana uruskan hal ehwal majlis perkahwinan ni. Walaupun menyesakkan dada, pening memikirkan semua kemungkinan & idea, kesihatan, kekangan kerja dan sebagainya tapi Ana enjoy the moments! Sekali seumur hidup, kan! I’Allah…hehe..
Banyak perkara yang nak cerita nih! Hihi..

First : Bridal

Ingat lagi x sebelum ni Ana ade tempah bridal? But guess what, last minute Ana batalkan tempahan dan amik bridal lain. Kenapa? Family Ana kurang berpuas hati dari segi harga & pelamin. Mula-mula Ana je yang rase macam tu tapi bile kakak & mak Ana beri pendapat, Ana pun terfikir. Sebenarnye vendor tu amik hidden caj yang sangat tinggi. Bukanlah nak mengaibkan mereka tapi perbuatan mereka agak tidak rasional pada Ana. Aksesori pula xlengkap. Bile kite request nak perenjis & lain-lain ade caj adds-on pulak! harga yang lebih kurang sama dengan tapi beza RM250, ade byk mende yang besar ana boleh dapat lagi..  Aduhai! Memang ana x nafikan, solekan kat bridal yang ana amik mula-mula tu memang cantik! Puas hati jugak, tapi bile da banyak sangat hidden caj ni, kite pun jadi takut, takut terlebih bajet pulak kalo nak mintak lebih-lebih. Betul x? so ana pun terpaksa survey sekali lagi untuk dapatkan perkhidmatan yang setanding dengan caj yang kita bayar berdasarkan quotation-quotation yang ana pernah mintak sebelum ni. Pastu diskus, pergi butik dengan mak & trus bayar deposit lepas berpuas hati dengan harga dan caj yang dikenakan. Alhamdulillah. Cume hujung minggu ni je ana baru nak buat test make up sebab sebelum ni ana xpernah make up dengan dorang. Harap-harap MUA dorang bukan la tokey wayang opera cina! Hihihi..ana xnak la make up tebal-tebal.. nak natural je..tu yang lebih baik kan?
Vendor :  Aziesha Wedding Planner & Canopy Services

Second :  Kad Kahwin

Kad kahwin da siap‼ yeay! Alhamdulillah, puas hati dengan khidmat kak intan dari Seri Kreatif Design. Harga pun ok siap 2 bunting percuma. Ana ambil kad untuk belah ana je sebab nak edarkan kat saudara-mara mase raye hari tu. Sekarang ni kad lelaki masih dalam proses lagi.
Vendor : Seri Kreatif Design

Third :  Baju Sanding

Baju da hantar tailor. Maz Idaman kat JB. Kalo ikutkan 18 sept ni  da boleh ambil. Harap-harap semuanya ok..harga pun murah je  =)
Vendor : Maz Idaman

Fourth : Henna

Berbaloi x kalau full cap inai tangan dan kaki + lukis kat tangan dengan harga beratus? Pada ana xberbaloi langsung! RM 50 pun da sangat mahal sedangkan biasenye RM 20 pun ade! Tapi…. Mane ana nak cari perkhidmatan henna ni yang murah, cantik & henna yang berkualiti? Harap b2b Muar boleh tolong ana kalau ade info henna area muar ni.. plissss ~(T_T)~

Fifth : Hantaran

Sekarang ni baru nak cari barang hiasan untuk buat hantaran. Ops! My mum request untuk tambah makanan dalam hantaran. So sepatutnya dari 7 berbalas 9 dulang akan jadi 7 berbalas 11 dulang.so sekarang ni tengah mencari sape-sape yang boleh buat cupcakes yang sedap dan comel di area Muar..


* kepada b2b sume yang minta yasin cover tu, ana mintak maaf sebab xdapat nak balas emel. ana tak boleh nak balas & attach kat korg. sabr ye. akan diusahakan dalam jangkamasa terdekat ni.

xoxo

Monday, July 30, 2012

SIXUCA PHOTOGRAPHY PROMOTION

1 comment:
salam b2b and silent readers!

da lame xupdate blog...huhu.. tadi bukak FB pastu terjumpe satu page OP ni SIXUCA WEDDING PHOTOGRAPHY. mule-mule ingatkan die ni cina sebab name nye pelik, macam orang cina.. huhu.. pada bride-to-be yang tengah mencari fotografer tu, boleh la tengok-tengok fb SIXUCA WEDDING PHOTOGRAPHY ni.. harga pun affordable..



ini creative director a.k.a photographer.. poyo je! hihi...

 kepada b2b KL, boleh la tengok-tengok page dorang ni..
valid until dec 2012 ye kawan-kawan! so tempah la sekarang =)


xoxo
will be back to review DIY pre-wedding's props soon! =)

Thursday, July 26, 2012

REVIEW: Pre-Wedding (Whitestudio Photoshoot)

10 comments:


Salam b2b and silent readers!

Alhamdulillah. kite masih dipanjangkan usia untuk berpuasa lagi. so korang berbuka ape? ana masak simple-simple je. =) 
konsep puasa tahun ini adalah JIMAT! Hihihi..

Ok, minggu lepas ana da wat pre wedding yang murah berbaloi-baloi seperti yang telah ana nyatakan dalam entri {ini}. Hari Jumaat hari tu, pas habis kerja ana terus drive balik dari JB ke Muar. Ana dah booking untuk wat whitestudio tu hari Khamis. Aminur Rasyid a.k.a owner ARphotostream pun da kate ok untuk wat Photostat eh! Photoshoot pada 21 Julai (Sabtu) selepas beberapa kali ditangguhkan sebab die ade job pada setiap hujung minggu. Tapi mase bulan puasa ni setiap sabtu & ahad die free taw. Tapi kne cal dulu untuk confirmkan! Sampai je kat rumah terus pickup along, adik & mak g shoping baju  untuk berphotogedik! Hihi.. malangnye walaupun sale sampai 70% masih x jumpe pulak baju yang betul-betul berkenan di hati yet affordable/murah {penting tuh! Hihi..}Bile da suke ade je yang menghalang, xd saiz la, lengan pendek la..hmm..akhirnye pulang ke rumah dengan tangan kosong! Penat!
OTW balik ke rumah ade pasar malam {ditempat saya dipanggil pasar lambak! Mungkin disebabkan cara susunan jualan yang diletakan secara melambak di setiap gerai kot!} so kami pun singgah sebab mak nak cari lauk untuk masak pada sahur pagi esoknya. Punyalah ramai orang sampaikan bile kami sampai, semua tong-tong ikan da kosong, makanan pun da habis! Dahsyat! Huhu..mungkin sebab ramai yang balik ke kampong untuk sambut 1 Ramadhan dengan keluraga kat kampung kot. Pastu ktorang pun pergi la ke pekan untuk misi mencari lauk yang tidak kesampaian tadi. Situasai yang sama. Sesak teruk. Sama je situasi macam nak raye.huhu…nasib baik dapat jugak cari ayam & bahan-lain walaupun terpaksa beratur panjang.alhamdulilah, ade rezeki kami.
Balik je trus mandi solat, makan & rehat. Mata pun da kuyu sebab kepenatan. Tapi hati xtenang lagi sebab xd baju untuk berfotogedik esok! Akhirnya along ofer untuk pinjam baju die. Ana terpaksa redha je la..xd harapan nak dapat baju baru..huhu.. pastu janji dengan incik tunang untuk pakai baju kaler dark blue. Tapi incik tunang kate die xd baju kaler dark blue, hitam ade la..hmm.. badan da penat, so ana redha j la suh die pakai baju kaler hitam. Terus tido tanpa sempat testing baju along pun. Penat sangat! Fuhhhhh…
Esok pagi bangun sahur pastu sambung tdo. Bangun solat subuh sambung tido lagi. Penat sangat. Pastu leher sakit, tersalah bantal. Adoiiii… dalam kul 730 pagi incik tunang kate die da gerak! Alamak! Ana x siap lagi, baru bangun {walaupun niat hati nak sambung tido sebab rase penat lagi..lagipun appointment kami pukul 10pagi.} terpaksa la jugak gagahkan mata ni sebab baju x iron lagi, props x lengkap lagi! Bile tengok balik props tu rase macam nak menangis pun ade…huhu.. rase macam cincai je..pastu buat jugak pagi-pagi buta tu. Pagi tu jugak la baru nak print. Malam tadi xsempat nak print sebab mata da berat sangat. Badan pun da letih. Xsempat nak bergayut pun dengan incik tunang macam selalu.huhu.. pastu kepala beku dengan idea! Aduhai…. Memang terrible sangat rase. Xlame lagi incik tunang da nak sampai tapi ana masih belum bersiap lagi. Dok menghadap laptop & printer. Mandi pun x! haiyoooooooooo…
Last-last ana wat SAVE THE DATE for both sides & “taken by her & reserved by him”. Sebenarnye , “taken by her & reserved by him” ini ana ambil dari  satu blog b2b iaitu cik intan yg gojes {ni} . ana ternampak header die yang tulis “taken by her & reserved by him”. cute giler! ting! idea! gunakan jadi props. nasib baik cik intan ni baik hati sb die bg kebenaran utk ana guna tagline die wapun terlewat mintak permission. tq cik intan!
So kat bawah ni antara pic yang kami dapat dari OP, AminurRasyid. Dun worry sebab beliau sangat professional & xlokek untuk aja kite pose {macam ana yang keras macam batu ni, huhu..} memang sangat seronok wat photo shoot ni. Beliau jugak xhalang kite untuk gunakan idea kite sendiri. Memang seronok sangat! Nah, ini lah buktinya…

*lupe nak letak watermark


cak, ba!


xmuat payung.saye gemok.


will you marry me?
yes!! i do!!
{nampak sgt la kegatalan di situ!}
*tips:
kpd b2b yang buat props sendiri macam ana, make sure font sila buat kaler hitam untuk pastikan boleh bace bile kat dalam pic. this is my bad =( tp i still loikeeeee..=)


LO+VE


santai


single but not available, okeh!
*pinjam tagline cik intan jap!


eksited!


terlebih eksited!!


horayyyyy!
nak kawen! hihi..

suwitt la konon


pic yg ana paling suka mase berfotogedik!


.:L:O:V:E:.


ape tengok-tengok??tau la saye pendek..hurmm..


romantik la sangat! hihi...
*tunang saye suke buat saye blushing! auwwwww...

TOTAL DAMAGE: RM 50
-WHITESTUDIO : RM 50
-PAKAIAN : FREE
- PROPS : DIY 


* ARphotostream ade promosi baru! {sini}
Promosi Whitestudio
-8July-10 Oktober 2012
-20-30 minit
-PERCUMA 11R+frame
-jumlah gambar : lebih dari 200-400 (kalo yang suke posing!)
-Lokasi: ARked Tangkak, Bersebelahan Perhentian Bas dan Teksi Tangkak.

psst: kalo ade b2b yang nak promosi RM50 tu, cal @ hubungi Aminur Rasyid untuk confirmkan tarikh. pastu cakap kat die, awak kawan kite. i'allah masih boleh dapat pakej RM50 tu, shoot and burn sahaja.



xoxo

Semoga cinta ini diredhai dan berkekalan hingga ke syurga, Amin.

Saturday, July 21, 2012

TEASER: PRE-WEDDING WHITESTUDIO PHOTOSHOOT

6 comments:



xoxo

Pre Wedding White Studio RM 50!

No comments:
salam b2b and silent readers!

short update. hari ni cuti & 1 Ramadhan! Jom ikut ana pergi buat pre-wedding kat whitestudio {ini}! hehe... Jom!

xoxo

Wednesday, July 18, 2012

Minyak Yue Yi teman setia

4 comments:
salam b2b dan silent readers!

maaf da lama tak update blog. tak tahu kenapa kenapa kebelakangan ni asyik sakit kepala je bile waktu malam. pastu hari ni pulak ditambah dengan kembung perut {bertambah kembang la perutku yang buncit ni}. rasa macam mata ni x boleh nak bukak langsung. ini pun gagahkan diri je taip sambil picit-picit kepala. minyak yue yi teman setiaku ketika ini. incik tunang da pesan awal-awal sapu perut dengan minyak yue yi sebab ana ni sensitif sangat. rase diri da cukup kuat da, tapi lembik rupenye aku ni...
update terkini:

  1. nak hantar final draf peta kad kahwin - belum scan.
  2. balik kampung & buat Whitestudio RM 50 - tengah tunggu reply dari ARphotostream
  3. letak duit penanggah kat corsage rewang - x sentuh lagi. cume larat nak survey idea & design je. xlarat sungguh nak buat sekarang ni.
  4. diy veil - sekerat jalan je. xlarat nak siapkan sekarang ni. tunggu da ok baru sambung balik.
  5. balik kampung nak survey bridal lain - motif: sedara kawin haritu dapat pakej yang murah & grand. sangat penting untuk buat comparison. pagi tadi ade mesej kat fb dengan sorg MUA kat melaka. die amik caj untuk make up nikah dan sanding RM 1200. rase nak gugur bulu hidung bile dapat quot tadi. RM 600 untuk nikah & RM 600 untuk sanding..huhu..harapan je la. ~(T_T)~
badan da rase seram sejuk ni. see u ol's next entry ok. good nite!


xoxo 
budak kecik sakit perut.

incik tunang : budak kecik yang sakit perut kena guna minyak Yue Yi..
ana :  habis baby ni budak kecik la??
incik tunang : memang pun. mula-mula kenal dulu ingatkan baby ni matang & serius. rupe-rupenye kebudak-budakan. sebab tu b panggil baby!
* sila muntah! 

Wednesday, July 11, 2012

Whitestudio RM 50

11 comments:
salam b2b and readers!

haa.. sape belum ambil pre-wedding? saye!! hehe...nak wat pre- wedding yang murah, pic yang cantik-cantik oleh photog yang femes dan terkenal x?? RM 50 je! x caye?
tengok ni..

i'am gedik's {cute!}

nampak x? RM 50 aje! murah dan berbaloi-baloi! tidak terhad kepada pre-wedding sahaja. boleh buat white studio untuk ape-ape event skali pun, family potrait, graduation, or else. ini adalah photog feveret ana. huhu.. apekan daya xdapat nak hire as OP. xpela, asalkan boleh wat pre-wed pun da cukup. patutnye ana plan wat white studio pada 07/07/12 (sabtu) tapi terpaksa dicancelkan sebab dorang da ade job mase tu mase ana nk wat appoinment..takpe, incik tunang kate kite wat bile-bile free pun xpe, mase bulan puase pun boleh jugak..yeay! seriously memang ana admire dengan hasil kerja mereka. sebab tu nak merasa jugak air tangan dorg. tibe-tibe ade pulak offer whitestudio ni! memang suka hati betul! hihi..

b2b Cik Fara Dilla kite pun hire die taw!

jom kite kenal sape photog yang bebakat besar ni.

Photographer : AMINUR RASYID
Emel             : arphotostream@gmail.com 

  • No telefon     : 0133759442 
  •                       0137165366 (Mobile)
  • Office Hour   : Mon - Thu    9.00 am - 1.00 pm
  •                                         2.00 pm - 5.00 pm
  •                       Fri              9.00 am - 12.30 pm
  •                                         2.30 pm - 5.00 pm
Perkhidmatan : Fotografi, Videografi, Fotografi Studio, Printing, Editing, Album Custom,  
                       Photobook, Kursus Fotografi & Olahan Grafik.
Facebook       : ARphotostream

Blog              : AR STUDIOS

  • Alamat           : No.28
                          Aked Bandar Tangkak
                          84900, Tangkak, Johor

untuk lihat koleksi photo beliau sila klik {sini}


JOM SERBU!

xoxo
ana yang nak berfotogediks!

Tuesday, July 10, 2012

Cincin Lelaki - Hukumnya & Hunting!

2 comments:

salam b2b & all readers!

last week ana & tunang spend weekends same-same setelah sebulan x jumpe! {gedik!} haha... so, misi kitorang mesti la tertumpu pada hal-hal persiapan perkahwinan, bukannye bersukaria..huhu..misi ktorang kali ni adalah CINCIN LELAKI! pas sesi survey-survey beberapa bulan lepas, so bulan ni kami trus grab je cincin yang telah ditemui. incik tunang ni senang je, xyah nak survey banyak tempat sangat. bile da berkenan, harga pon ok, trus grab je, xmacam ana. mesti akan survey lagi tempat lain lagi untuk dapatkan harga paling best! cerewet kan? huhu... seriously sangat suke dengan design cincin incik tunang. actually ana yang pilih! hahahahaha... incik tunang kate pilih yang mane ana suke, pastu die akan decide nak amik yang mana satu dari pilihan ana tu. senang kan? huhu..tunang die je ni yang banyak cekadak! hehehe...

incik tunang x ske suasa sebab macam orang tua. pastu nak pakai white gold x boleh kan? pastu ana try wat research untuk cincin lelaki ni. ade banyak jenis. suasa, white gold,  platinum, silver & stainless steel. ade lagi x?

Hukum

Cincin Suasa
sumber: Myibrah

SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”
Cincin Perak / Silver
Sumber: Serambi Dakwah

Lelaki tidak dilarang memakai cincin Perak kerana Nabi pernah memakainya. Anas ra, berkata :-

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لا يقرءون كتابا إلا أن يكون مختوما فاتخذ خاتما من فضة فكأني أنظر إلى بياضه في يده ونقش فيه محمد رسول الله
“Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. beliau telah diberitahu bahawa mereka tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada chop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah” [Hadith Riwayat Bukhari #5537, Muslim #2029].

Menurut Ibn Taimiyah ra. :-

أما خاتم الفضة فيباح باتفاق اللأئمة فإنه قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه اتخذ خاتما من فضة ، وأن أصحابه اتخذوا خواتيم ، بخلاف خاتم الذهب فإنها حرام باتفاق الأئمة الأربعة ؛
“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat”[Majmu' Fataawa 25/63-65].

KESIMPULANNYA {UNTUK LELAKI}

  1. EMAS - HARAM
  2. WHITE GOLD / EMAS PUTIH - HARAM
  3. SUASA - HARAM SEBAB ADA CAMPURAN EMAS
  4. PLATINUM - HALAL
  5. SILVER / PERAK - SUNAH
"Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak (Silver) bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua."


cincin yang kami pilih adalah silver. kebetulan pulak! hihi..da beli baru buat research..haha.. nasib baik betul. tapi incik tunang memang xmau cincin suasa sebab macam orang tua, rupa-rupanya haram hukumnye. nasib baik x beli. =) platinum pulak confirm la xmampu kot. ade makan megi nanti pas kawin! hihi.. lebih baik ikut sunah kan? so, pilih lah perak @ silver! =)

so ni contoh-contoh design yang menyerupai cincin incik tunang saye. simple but nice! hampir sama macam husband kak kina punye! x sangka pulak..huhu.. taste kite sama agaknye! xcaye, tengok ni {cincin husband kak kina}




RG8255
sumber: seputeh chenta



seriously memang puas hati dengan harga, design & kualiti. kami beli kat muar je. kat kedai silver yang dalam Wetex Parade, Muar. lupe pulak name kedainye. nanti ana update ye!

xoxo
ana yang nak gedik nak kawin! hihi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...